awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen ponteng sekolah bertentangan dengan adab pendidikan - MBM

Bernama
Bernama
03/05/2021
01:31 MYT
Kempen ponteng sekolah bertentangan dengan adab pendidikan - MBM
Jufitri berkata menghadiri kelas pengajian merupakan sebahagian daripada adab pelajar kepada ilmu, guru dan institusi pendidikan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Tindakan meminta pelajar untuk tidak hadir ke sekolah menerusi kempen '#MakeSchoolASaferPlace', bertentangan dengan adab pendidikan yang diajar sebelum ini, yang memerlukan mereka menghormati institusi ilmu dan pendidikan.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata, beliau yakin lebih banyak cara lain yang lebih kreatif dan berkesan, untuk mendokong kempen pendidikan seksual dan sekolah sebagai tempat selamat serta aman untuk pelajar, sesuai dengan adat ketimuran.
"Menghadiri kelas pengajian merupakan sebahagian daripada adab pelajar kepada ilmu, guru dan institusi pendidikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya MBM juga bersetuju supaya pelajar diberikan hak untuk bersuara, bagi mempertahankan diri daripada sebarang gangguan termasuk gangguan seksual dan ancaman rogol, namun kempen itu sepatutnya digerakkan sendiri oleh pelajar dan guru berkaitan dengan hal ini.
Sehubungan itu MBM mencadangkan tindakan tegas perlu diambil kepada pihak mengambil kesempatan mempermainkan isu-isu berkaitan ancaman rogol dan gangguan seksual.
Sebuah gabungan badan bukan kerajaan sebelum ini, meminta pelajar dan guru membantah budaya rogol dan gangguan seksual dengan tidak hadir ke sekolah selama sehari, antara lain berikutan kes seorang guru mengeluarkan perkataan berunsur lucah, dengan menggalakkan perlakuan rogol ketika pembelajaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah
#pelajar
#ponteng
#MakeSchoolASaferPlace
#adab
#pendidikan
#MBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan