awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen, propaganda parti mesti di luar kawasan masjid - JAIS

Bernama
Bernama
22/07/2023
04:46 MYT
Kempen, propaganda parti mesti di luar kawasan masjid - JAIS
Mohd Shahzihan berkata, ketetapan dibuat selaras dengan arahan MAIS yang mengkehendaki masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas daripada propaganda politik dan politik kepartian. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pentadbir masjid dan surau di seluruh negeri itu supaya menghalang sebarang aktiviti atau program melibatkan ahli politik di kawasan rumah ibadat berkenaan, termasuk gambar, slogan atau lambang yang mewakili parti tertentu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata semua bentuk bahan kempen atau propaganda parti politik hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis bangunan atau di dalam kawasan pagar masjid dan surau.
"Ini memandangkan terdapat kemungkinan akan berlakunya usaha dan ikhtiar daripada parti-parti politik untuk mengadakan aktiviti propaganda politik mereka seperti di masjid dan surau di negeri Selangor.
"Aktiviti yang lazim sebelumnya adalah seperti program pengenalan calon yang bertanding dalam pilihan raya, program sumpah mubahalah, program berkumpulan ahli atau penyokong parti serta lain-lain seumpamanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perkara itu juga diingatkan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid serta surau di Selangor menerusi surat bertarikh 22 Ogos 2022.
"Ketetapan ini selaras dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengkehendaki masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas daripada propaganda politik dan politik kepartian.
"Berdasarkan Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, pentadbir masjid dan surau hendaklah membantu apa juga ketetapan yang dibuat oleh MAIS.
"Sebarang tindakan yang bersifat menghina atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atau arahan MAIS, boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, selain pegawai masjid juga boleh dibatalkan pelantikan mereka oleh MAIS," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen pilihan raya
#PRN Selangor
#Mohd Shahzihan Ahmad
#Jabatan Agama Islam Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan