DALAM tempoh 6 tahun kebelakangan ini, bilangan kemalangan jalan raya di Malaysia telah meningkat secara berterusan sehingga lebih 500,000 kemalangan setiap tahun. Keperluan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya amat penting demi memastikan pengurangan kemalangan jalan raya terutamanya semasa musim perayaan. Sehubungan itu, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah bekerjasama dengan memperkenalkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 'Us' ("Kempen") baru-baru ini. Kempen ini bertujuan mengubah cara pemikiran pengguna jalan raya terutama pemandu kereta dan penunggang motosikal selain memupuk amalan penggunaan jalan raya yang berhemah dan selamat.
Setelah dua tahun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah dijangka 4.7 juta kenderaan bakal memenuhi jalan raya semasa cuti panjang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Us’ peringkat kebangsaan ini telah bermula pada 21 April 2022 dan akan berlangsung sehingga 31 Mei 2022. Kempen ini dianjurkan bersempena pergerakan balik kampung secara besar-besaran ketika perayaan Ailfitri tahun ini dengan mengambil peluang ini untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik pemandu tentang keselamatan jalan raya serta punca kemalangan jalan raya. Kempen ini juga bertujuan mengingatkan pengguna jalan raya tentang kecuaian menunggang dan tingkah laku pemanduan yang perlu dielakkan, dan kesan kemalangan maut yang tinggi terhadap masyarakat, ekonomi dan Negara secara keseluruhan.
Fokus Kempen ini adalah bagi mewujud dan meningkat kesedaran mengenai tanggungjawab bersama semasa musim perayaan kali ini. Kempen ini memperkenalkan slogannya "Keselamatan bermula dengan kita" bagi menggalakkan kesemua rakyat Malaysia memainkan peranan mereka dalam memastikan amalan keselamatan jalan raya.
Sasaran utama Kempen ini ialah pemandu kereta, penunggang motosikal, pekerja ‘gig-economy’ serta pemandu kenderaan komersial di lima (5) negeri yang merekodkan kadar kematian kemalangan tertinggi, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pulau Pinang.
Menurut Encik Antony Lee, Pengerusi PIAM, “Dari jutaan pengguna jalan raya yang dijangka semasa pergerakan balik kampung musim Hari Raya ini, dengan adanya hanya SATU pengguna jalan raya yang cuai boleh menjadi penyebab kemalangan maut. Malangnya, kejadian seperti ini boleh menyebabkan sebuah keluarga mungkin kehilangan orang tersayang.”
Turut berkongsi sentimen Encik Antony, Mohamed Sabri Ramli, Timbalan Pengerusi MTA berkata, “Perubahan bermula dari kita. Sebagai sebuah Masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengubah statistik, dan menjadikan amalan memastikan Keselamatan Jalan Raya sebagai cara hidup kita bersama. Jadikan jenama 'Us' muncul sebagai "suara" kita bersama untuk keselamatan jalan raya. Janganlah kita pula menjadi sebahagian dari statistik.”
Berdasarkan kajian 'Road Traffic Negligence in Malaysia' oleh Vodus untuk PIAM dan MTA yang menggunakan metodologi tinjauan 'Wisdom of the Crowd', kecuaian keselamatan jalan raya yang paling biasa dilakukan oleh pemandu kereta di lima (5) negeri teratas ialah mengekori kenderaan terlalu rapat, yang dinyatakan oleh 50% daripada pemandu kereta yang ditinjau, diikuti dengan memandu laju. Bertukar-tukar
lorong pula adalah kecuaian yang paling biasa, bagi 58% daripada penunggang motosikal.Menggunakan telefon bimbit semasa menunggang motosikal adalah kadar tertinggi untuk pekerja gig-ekonomi seperti penunggang penghantaran makanan, dengan kadar 62%. Bagi kes pemandu kenderaan berat / bas, kecuaian yang paling kerap berlaku adalah kegagalan menguatkuasakan tali pinggang keledar ke atas penumpang, dengan kadar 52%, manakala memandu laju menyumbang kepada kadar 51%.
Selama bertahun-tahun, kebanyakan kematian jalan raya melibatkan penunggang motosikal. Semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Seluruh Negara PIAM-MTA 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pada tahun 2020, terdapat sejumlah 4,634 kematian akibat kemalangan jalan raya, dengan 3,118 (67%) melibatkan kemalangan motosikal. Keadaan ini dipercayai sebahagiannya berpunca daripada peningkatan dalam perkhidmatan makanan dan penghantaran lain ketika pandemik. Terdapat juga kiraan kematian yang membimbangkan dalam kalangan penunggang motosikal muda berumur 16-30 tahun berjumlah 11,690 kematian, yang mewakili 45% daripada jumlah kematian motosikal akibat kemalangan jalan raya dari 2014-2020.
Memandangkan tahap trafik kini kembali pada normal, adalah penting untuk memastikan kita tidak kembali kepada bilangan kematian sebelum pandemik di jalan raya kita. Dikatakan terdapat satu kematian setiap 84 minit dalam peningkatan kemalangan jalan raya. Visi Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Us’ bukan sahaja ingin mewujudkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalan raya, tetapi juga untuk mempengaruhi secara positif dan menyemai budaya memandu/menunggang yang selamat, nilai, kepercayaan dan sikap di kalangan pengguna jalan raya, serta memikul tanggungjawab bersama yang akan menggalakkan keselamatan di jalan raya dalam jangkamasa panjang. Kempen ini akan mengetengahkan beberapa petua - "Do’s & Don’ts" keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
Jadilah sebahagian daripada pergerakan Keselamatan Jalan Raya 'Us' untuk mendapatkan ‘tip’ keselamatan jalan raya, fakta dan banyak lagi dengan mengikuti platform media sosial rasmi berikut:
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/UsRoadSafety
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/usroadsafety
Kenyataan Media
Fri May 06 2022
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah bekerjasama dengan memperkenalkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 'Us'.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
AWANI Pagi: Pameran Palet Budaya: Interaksi seni & Gastronomi
Makanan dan seni visual mungkin kedengaran agak janggal untuk disatukan, tetapi itulah keunikan Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Mei 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry;
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya
WHO sarankan petua dan nasihat perjalanan penting yang bermatlamat memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri.
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.
Balik kampung: Penumpang hadapan jangan jadi batu api kepada pemandu
Peranan penumpang bahagian hadapan juga sama pentingnya untuk memastikan keadaan di dalam kenderaan aman dan tenang supaya emosi dan perhatian pemandu tidak dipengaruhi.
Tiada lagi acara pelepasan konvoi penguatkuasaan jalan raya - Anthony
Katanya, ia adalah penting bagi menggalakkan rakyat mengamalkan budaya keselamatan sepanjang masa dan bukannya bermusim.
Perkeso perkenal Standard Malaysia berkait keselamatan jalan raya bagi pekerja gig
Ia ke arah mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan pekerja gig.
KKR belanja RM73.4 juta selenggara jalan berlubang, perabot jalan
KKR telah membelanjakan sebanyak RM73.45 juta untuk menyelenggara jalan berlubang dan perabot jalan, di semua jalan Persekutuan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
KKR naik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya
KKR akan laksanakan program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya di seluruh negara dengan siling peruntukan RM241.5 juta.
Selenggara kenderaan dan diri sendiri sebelum balik kampung
Bukan sahaja kereta perlu dipastikan selamat, malah pengguna jalan raya juga perlu berada dalam keadaan sihat dan cukup tidur.