awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempunan beli iPhone 12 semurah RM500

Bernama
Bernama
30/05/2021
01:59 MYT
Kempunan beli iPhone 12 semurah RM500
Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa diperdayakan dalam urusan pembelian barangan elektronik murah termasuk dua telefon pintar iPhone 12 yang dijual pada harga RM500 seunit. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa diperdayakan dalam urusan pembelian barangan elektronik murah termasuk dua telefon pintar iPhone 12 yang dijual pada harga RM500 seunit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 27 tahun itu mendakwa diperdayakan oleh lelaki yang sering menggunakan perkhidmatannya sebagai 'runner' untuk membeli dan menghantar barang.
"Selepas lebih sebulan berkenalan, iaitu sekitar awal bulan ini, suspek dikatakan menawarkan telefon pintar itu dan mangsa mendakwa terus bersetuju kerana harganya yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
"Tiga hari selepas itu, suspek menawarkan pula sebuah komputer riba dan sebuah lagi telefon pintar pada harga RM1,000 menyebabkan sekali lagi mangsa bersetuju disebabkan harga yang murah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa telah membuat bayaran penuh terhadap semua barangan itu menerusi dua transaksi pemindahan wang dalam talian, namun mula berasa curiga apabila suspek tidak membalas pesanan WhatsApp dihantarnya.
"Mangsa yang menunggu selama tiga hari kemudiannya telah ke rumah suspek, namun dimaklumkan oleh jiran suspek bahawa lelaki itu telah berpindah," katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalaham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#iphone 12
#RM500 seunit
#urusan pembelian barangan elektronik murah
#jual telefon murah
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#telefon pintar
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#Mohd Wazir Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan