Orang ramai yang mendapati barangan sekolah dijual dengan harga tidak berpatutan boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan seterusnya.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Penjual jangan cuba ambil peluang untuk mencabar akta sedia ada. Pada masa sama diharapkan koperasi sekolah menjual peralatan dengan harga berpatutan. Untung itu jangan ambil lebih," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika cek Pertandingan Fotografi GoCare Charity di sini, hari ini.
Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dilaporkan berkata harga kelengkapan sekolah meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun lalu.
Dalam pada itu, Chong berkata kerajaan akan meneruskan bantuan awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 seorang pada tahun hadapan.
Pertandingan anjuran Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) itu bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan PAWS Animal Welfare Society (PAWS).
Individu berminat menyertai pertandingan ini boleh mengambil foto bertemakan 'Loving, Caring, Sharing Malaysia' dan memuat naiknya dalam laman Facebook dengan hashtag #GoCareCharityPhotography, sebelum 25 Feb depan.
Setiap gambar yang dimuat naik akan menerima sumbangan RM1 daripada organisasi GoCare yang akan disalurkan kepada MNS, NASOM dan PAWS. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 29 2017
Orang ramai yang mendapati barangan sekolah dijual dengan harga tidak berpatutan boleh membuat aduan kepada KPDNKK. - BERNAMA/Fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kemuka aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan
Orang ramai yang mendapati barangan sekolah dijual dengan harga tidak berpatutan boleh membuat aduan kepada KPDNKK.