SHAH ALAM: Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan tindakan Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman yang dikatakan sering memberikan pelbagai alasan setiap kali cadangan kenaikan gaji kepada pekerja.
Beliau berkata, ia termasuk cadangan terbaharu iaitu kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,500.
“Alasan terbaru adalah gaji minimum lebih tinggi akan menjejaskan kebangkitan ekonomi dalam suasana pandemik COVID-19 dan selepas banjir besar yang melanda pada Disember 2021.
“Tetapi sebelum banjir dan COVID-19 alasan lain pula,” katanya dalam satu hantaran di Facebook milik beliau, pada Isnin.
Pada Ahad, Syed Hussain mengulangi bahawa situasi sekarang bukan masa sesuai untuk meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan cadangan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 akan menjejaskan pemulihan ekonomi.
Menurutnya, majoriti perniagaan Malaysia tidak bersedia dan tidak dapat melaksanakan cadangan gaji minimum baharu itu kerana mereka belum mencapai kestabilan ekoran kejutan ekonomi akibat COVID-19 dan kesan buruk daripada banjir besar baru-baru ini.
Nik Nazmi berkata, MEF pernah mendakwa kebanyakan pekerja yang menerima gaji minimum adalah pekerja asing.
“Jadi, sebarang kenaikan akan untungkan pekerja asing dan bukan pekerja tempatan,” ujarnya.
Tambah beliau, MEF juga memberikan alasan bahawa pengusaha kecil dan sederhana (PKS) tidak mampu menampung kenaikan gaji tersebut, malah akan menyebabkan mereka terpaksa gulung tikar.
“Dah macam alasan pelajar hari-hari tak buat kerja rumah. Ada sahaja alasan dia.
“Masalah gaji kecil dan tak selari dengan kos sara hidup sudah lama ada. Laporan Bank Dunia pada 2019 menyatakan peningkatan gaji pekerja bergaji rendah, lebih muda dan mempunyai kelulusan pendidikan rendah jauh ketinggalan berbanding pekerja lain,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 07 2022
Nik Nazmi berkata, MEF pernah mendakwa kebanyakan pekerja yang menerima gaji minimum adalah pekerja asing. - Gambar fail
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap
MEF berkata syarikat-syarikat hanya mengetahui tentang kenaikan yuran dan kekerapan pemeriksaan apabila melawat laman web Fomema.
MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.
Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.
Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF
Syed Hussain berkata, hal ini dapat menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dan meningkatkan keyakinan pelabur.
MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.
Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.
MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP
Syed Hussain menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada mereka yang kembali bekerja di negara ini melalui program itu.
Pindaan Akta Kerja meresahkan golongan majikan - Pengarah Eksekutif MEF
Pindaan Akta Kerja 1955 dilihat memberi keuntungan kepada golongan pekerja namun meresahkan para majikan di negara ini.
MEF harap OCS pekerja asing akan kekal di bawah KSM
MEF mencadangkan agar pengambilan dan pengurusan pekerja asing termasuk pembantu rumah asing dikekalkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).