KUALA LUMPUR: Pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berhubung kuota haji sebanyak 14,306 jemaah pada tahun ini, memberi sinar harapan kepada umat Islam negara ini menunaikan haji, selepas ibadah itu tertangguh selama dua tahun sebelum ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang media pada Jumaat pula mengumumkan kadar kos haji tahun ini sebanyak RM10,980 bagi jemaah golongan B40 manakala RM12,980 bagi golongan bukan B40 yang masing-masing, menunjukkan peningkatan RM1,000 dan RM3,000 bagi kedua-dua golongan itu.
Walaupun kos haji pada tahun ini ada peningkatan, namun rata-rata umat Islam yang ditemui memahami rasional di sebalik peningkatan berkenaan dan menganggapnya sebagai wajar dan perlu memandangkan situasi COVID-19 yang masih melanda, serta peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi dalam menanganinya.
Di SELANGOR, seorang pekerja swasta, Mohd Khairul Rusli, 37, berkata walaupun terdapat peningkatan kos menunaikan haji pada tahun ini namun kos itu dianggapnya sebagai masih berpatutan dan relevan.
"Kita perlu melihat di sebalik peningkatan kos.. cukai meningkat, dan caj perkidmatan juga meningkat, lebih-lebih lagi keadaan semasa dunia yang perlu berhadapan dengan wabak COVID-19. Pelbagai perkara menyumbang kepada kenaikan kos, kita tidak dapat nafikan perkara itu.
"Lagipun kos itu tidak naik sejak 2009. Kita tetap perlu bersyukur kerana kos selebihnya masih ditampung Tabung Haji," katanya kepada Bernama.
Sementara itu di KEDAH, Pengarah Urusan Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, Mazlina Kamarudin, 54, yang baharu sahaja pulang dari menunaikan umrah selama 21 hari berkata beliau memahami tindakan TH yang terpaksa menaikkan kadar bayaran haji berkenaan.
"Kenaikan kadar bayaran ini, saya setuju, sebab banyak faktor yang menyumbang kepada kenaikan itu dengan keadaan mata wang negara yang tidak stabil, kos bayaran hotel serta kos-kos yang melibatkan pengurusan COVID-19, jadi ia memang tidak dapat dielakkan lagi," katanya.
Beliau berkata sekiranya keadaan semakin pulih dan reda terutamanya situasi COVID-19, mungkin kadar bayaran haji itu dapat dikurangkan sedikit bagi membolehkan lebih ramai umat Islam terutamanya di Kedah untuk mengerjakan haji.
Sementara itu pesara kerajaan, Ibrahim Ahmad, 68, berkata walaupun kenaikan kadar bayaran itu sedikit membebankan terutama bagi golongan kurang berkemampuan, namun TH masih memberi bantuan kewangan secara bersasar yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka menunaikan haji.
Di JOHOR BAHRU, peguam Nor Faizah Zainuddin, 53, berkata pengumuman kos haji bagi jemaah haji kumpulan B40 dan kumpulan selain B40 itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadah berkenaan tahun ini.
Nor Faizah yang pernah terpilih menunaikan haji pada tahun 2020 namun dibatalkan ekoran wabak COVID-19 berkata umat Islam tiada pilihan dan terpaksa akur dengan kenaikan itu disebabkan kos-kos tertentu yang melibatkan negara Arab Saudi.
Di KELANTAN seorang pekerja swasta, Mohd Iskandar Yusoff, 50, berkata beliau melihat jemaah masih mampu untuk membayar kos itu biarpun ada peningkatan bayaran haji tahun ini.
"Kita memahami faktor di sebalik peningkatan kos itu terutama ketika dunia menghadapi pandemik COVID-19. Apa yang penting kita perlu bersyukur dengan peluang yang diberikan memandangkan pada musim ini perjalanan untuk menunaikan haji bukan mudah kerana perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekali gus menyebabkan peningkatan kos tambahan," katanya.
Seorang lagi pekerja swasta, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 44, berkata usaha TH yang masih mengekalkan subsidi kepada jemaah haji pada tahun ini adalah sangat baik terutama bagi jemaah B40 yang dilihat lebih terkesan dengan impak pandemik COVID-19.
"Saya mengucapkan tahniah kepada TH dan ini jelas menunjukkan peranan TH sebagai badan yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan haji yang terbaik dan masih relevan kepada rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Pengumuman kuota haji sebanyak 14,306 jemaah pada tahun ini, memberi sinar harapan kepada umat Islam negara ini menunaikan haji. - Gambar fail/REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Operasi Al Jazeera diharamkan di Israel
Kerajaan Israel sebulat suara memuktamadkan keputusan penutupan operasi saluran berita 24 jam, Al Jazeera di negaranya berkuat-kuasa serta merta. Pengumuman itu dibuat menerusi undian kabinet Israel yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi kerajaan zionis dan perkongsian di laman media sosial 'X' Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (05 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6,7 Mei
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
Malaysia hasrat tambah kuota haji tahun hadapan - Menteri Agama
Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.
Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.
Tiada kuota haji VIP seperti didakwa - Ahmad Marzuk
Tiada pengkhususan kouta bagi jemaah orang kenamaan (VIP), kerana ia hanya berdasarkan sistem pendaftaran dan senarai kuota.
PM terima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, bincang kerjasama dua hala
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada Rabu.
Malaysia masih tunggu keputusan rayuan kuota haji tambahan - Idris
Malaysia masih menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan negara ini untuk diberi kuota tambahan 5,000 jemaah bagi menunaikan haji musim 2022.
Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.