awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenal pasti Galaxy Note7 baharu dengan ikon bateri berwarna hijau - Samsung

Bernama
Bernama
20/09/2016
13:27 MYT
Kenal pasti Galaxy Note7 baharu dengan ikon bateri berwarna hijau - Samsung
Pada 5 Sept lalu, Samsung menghentikan semua jualan Galaxy Note7 selepas 35 kes dilaporkan di seluruh dunia hingga 1 Sept, berikutan isu berkaitan dengan sel bateri. - Gambar fail
Samsung telah memperkenalkan ikon bateri berwarna hijau untuk membantu pengguna mengenal pasti peranti Galaxy Note7 yang baharu.
Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd berkata Samsung telah mula menggantikan Galaxy Note7 dengan pembuatan bateri standard.
"Bagi membantu pengguna mudah memahami sekiranya mereka mempunyai peranti baharu dan menggunakan Galaxy Note7 baharu dengan yakin, syarikat telah memperkenalkan ikon bateri berwarna hijau yang dimasukkan dalam tiga perubahan perisian tertentu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, ikon bateri hijau yang baharu itu akan dapat dilihat di tiga tempat iaitu 'Status Bar', skrin paparan 'Always On' dan skrin segera 'Power Off' yang boleh diakses dengan menekan lama butang kuasa.
Selain itu, pengguna juga boleh memeriksa dengan mudah sekiranya mereka menggunakan Galaxy Note7 baharu dengan melihat kepada simbol empat segi pada label di kotak bungkusan.
Pada 5 Sept lalu, Samsung menghentikan semua jualan Galaxy Note7 selepas 35 kes dilaporkan di seluruh dunia hingga 1 Sept, berikutan isu berkaitan dengan sel bateri.
"Keutamaan kami ialah keselamatan pelanggan kami dan kami menggesa semua pengguna Galaxy Note7 untuk segera mengambil bahagian dalam program penggantian berdasarkan ketersediaan tempatan," tambah SME dalam kenyataan itu.
Katanya, pelanggan di Malaysia yang memiliki Galaxy Note7, boleh menggantikan peranti sedia ada mereka dengan yang baharu bermula 29 Sept ini.
Pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1800-88-7799 untuk sebarang bantuan.
Topic Berkaitan
#bateri meletup
#note7
#Samsung Galaxy Note 7
#Samsung Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan