awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenal pasti sumber alternatif pendapatan selain balak, lombong - Pemangku Raja Pahang

Bernama
Bernama
07/07/2021
12:23 MYT
Kenal pasti sumber alternatif pendapatan selain balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Tengku Hassanal juga menitahkan kerajaan negeri agar dapat meneliti satu inisiatif sempadan hijau negeri yang meliputi kawasan sempadan Pahang. - Gambar/ Bernama
KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan kerajaan negeri Pahang menggiatkan usaha mengenal pasti sumber alternatif pendapatan selain perlombongan dan pembalakan.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Tengku Hassanal juga memaklumkan baginda mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk melabur di Pahang dengan membawa idea baharu yang selari dengan konsep alam sekitar.
Ahmad Khirrizal berkata Tengku Hassanal juga menitahkan kerajaan negeri agar dapat meneliti satu inisiatif sempadan hijau negeri yang meliputi kawasan sempadan Pahang sepanjang 1,087 kilometer dan selebar lebih kurang 500 meter merangkumi keluasan 54,350 hektar.
"Baginda bertitah sebahagian besar kawasan ini mestilah diwartakan sebagai hutan simpan kekal manakala kawasan yang terlibat dengan tanah milik dibangunkan secara lestasi dengan konsep ESG iaitu alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
"Kawasan itu perlu menjadi kawasan perlindungan bagi hidupan liar, flora dan fauna sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Khirrizal berkata Tengku Hassanal juga mengutuk sekeras-kerasnya aktiviti pemburuan haram di Pahang dan menitahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk lebih tegas dalam penguatkuasaan.
Selain itu, baginda menitahkan supaya kawasan strategik hidupan liar dan fauna serta penempatan Orang Asli seperti Taman Negara, Tasik Chini, Tasik Bera, kawasan tadahan air, sungai dan hutan terus dipelihara.
Mengulas mengenai Tasik Chini, Tengku Hassanal menitahkan supaya pemulihan kawasan itu dengan menanam pokok bersesuaian disegerakan.
Topic Berkaitan
#Pahang
#pembalakan
#perlombongan
#Istana
#Pemangku Raja Pahang
#Tengku Hassanal
#sumber alternatif
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan