Menjelang sambutan Hari Gawai yang akan diraikan esok, lazimnya ucapan akan dizahirkan kepada masyarakat di Bumi Kenyalang yang menyambutnya.

Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat beberapa jenis ucapan untuk perayaan itu mengikut kaum kerana Sarawak dikenali dengan kepelbagaian etnik seperti Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan banyak lagi.

Felo Akademi Sains Malaysia, Dr Madeline Berma dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya berkongsi senarai ucapan Hari Gawai dalam pelbagai bahasa masyarakat pribumi Sarawak.

"Selamat Hari Gawai ala MCO (Perintah Kawalan Pergerakan). Ambillah kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pesta menuai kepada sahabat dan rakan untuk menjalin dan mengeratkan ikatan persahabatan.

Sumber Facebook madeline.berma

"Di Sarawak, kami ada lebih 30 kumpulan etnik. Majoriti daripada mereka ini meraikan pesta menuai," katanya pada Ahad.

Berikut antara ucapan Hari Gawai yang dikongsikan Madeline mengikut etnik pribumi di Sarawak:

Iban - 'Selamat Ngintu Hari Gawai Dayak'
Bidayuh - 'Silamat Andu Gawai Dayak'
Kayan - 'Selamat Dau Gawai Dayak'
Kenyah - 'Selamat Tau Gawai Dayak'
Kelabit - 'Doo Adto Irau Dayak'
Berawan - 'Selamat Enchiew Gawai Dayak'
Saban - 'Selamat Siew Gawai Dayak'
Lun Bawang - ' Do Aco Irau Dayak'
Bisaya - 'Selamat Nyambut Adau Gawai Dayak"
Melanau - 'Selamat Lau Gawai Dayak'
Penan - 'Jian Dau Gawai Dayak'