JARANG berkongsi situasi yang dihadapi di hospital bersama umum setiap hari, namun kes yang diterima seorang doktor di Hospital Melaka malam tadi menjentik hatinya untuk berbuat demikian.
Jam di dinding menunjukkan waktu 3 pagi. Dr Tasha sedang bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Melaka apabila dia menerima panggilan memerlukannya bersiap sedia menerima pesakit yang merupakan seorang wanita hamil.
Wanita berkenaan perlu melahirkan bayinya melalui kaedah pembedahan yang lazimnya jarang dilakukan seawal pagi ekoran kekurangan tenaga kerja kecuali ia merupakan kes kecemasan.
Namun itu bukan persoalannya kerana itu tugas hakiki Dr. Tasha sebagai seorang doktor pediatrik, tetapi kejutannya adalah wanita hamil itu merupakan salah seorang pesakit COVID-19!
Ia berikutan ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang dilakukan menunjukkan wanita itu positif!
Tulis Dr Tasha dalam posting Instagram miliknya 24 jam lalu, wanita berkenaan mengakui melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri yang mana ada dalam kalangan saudara-maranya berada dalam keadaan kurang sihat, namun dia masih memilih untuk 'mendekati' mereka.
Wanita berkenaan turut didakwa tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga jarak fizikal dan sekali gus tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Kisah ini buat saya amat kecewa. Dia tidak boleh fikir bagaimana keadaan itu akan memberi kesan kepada bayinya," kata Dr Tasha dalam perkongsian di laman Instagram peribadinya.
Dia mengakui begitu kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pesakitnya itu.
"Jika dia positif, bayi yang dilahirkan terpaksa diasingkan sebaik dilahirkan, perlu menjalani beberapa siri ujian dan juga ujian swab.
"Bagaimana jika bayi itu juga positif? Tidakkah dia terfikir apa kemungkinan yang akan dihadapi oleh bayinya?," katanya.
Dalam pada itu, menerusi khidmat pesanan di Instagram, Dr Tasha memaklumkan bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan baik, namun perlu diberi perhatian setiap masa sekiranya disahkan positif COVID-19.
"Kita sama-sama doa agar bayi itu tidak positif. Ibunya pula berada dalam keadaan stabil meskipun positif COVID-19 dan turut berada di bawah pemerhatian khusus pihak hospital," balasnya.
Luahnya, agak memenatkan apabila anda fikir anda seorang sahaja yang berperang menentang virus berkenaan sedangkan sesetengah pihak langsung tidak ambil pusing dan memainkan peranan mereka.
Jelasnya, ada segelintir pihak yang langsung tidak peduli usaha petugas barisan hadapan menghapuskan COVID-19 kerana terlalu asyik mendengar berita palsu yang tular, tidak mematuhi SOP, menipu untuk merentas negeri dan hasilnya menjadi penyebar virus.
"Kami tidak boleh melakukan (melawan COVID-19) secara sendirian, kami akan gagal jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda.
"Kepada semua yang membaca posting ini, saya merayu, jalankan tanggungjawab anda," katanya.
Sahlizah Mohamed
Wed May 26 2021

Gambar berkenaan dirakam sekitar pukul 4 pagi semasa Dr Tasha sedang menunggu kelahiran seorang bayi menerusi kaedah pembedahan selepas ibunya disahkan positif COVID-19. - Sumber foto IG Dr Tasha

Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua
Seorang suri rumah yang kononnya disamun empat lelaki bertopeng yang memecah masuk rumahnya di Felda Chini Timur 1, Pekan Mac lalu dan seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada

Himpunan Melayu Berdaulat diteruskan dengan kawalan polis
Himpunan Melayu Berdaulat yang dijadual berlangsung pada Sabtu di ibu negara diteruskan dengan pasukan polis bertindak sebagai pemudah cara.

Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000
Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyalahgunakan peruntukan RM200,000.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut
Seorang lelaki warga emas dan jirannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor, pada Jumaat.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Anggota bomba disaran berhati-hati guna media sosial
Anggota JBPM diingatkan supaya sentiasa berhemah dan profesional ketika menggunakan media sosial, memandangkan platform digital kini mempunyai pengaruh besar dalam persepsi awam.

Anwar ucap tahniah kepada Albanese, kekal Perdana Menteri Australia
Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Anthony Albanese atas kejayaan beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Australia bagi penggal kedua berturut-turut.

60% penggunaan di Instagram, Facebook kini melibatkan video - Meta
Meta menggalakkan pengguna dan penerbit kandungan untuk berkongsi lebih banyak video.

Apple pernah berminat untuk membeli Instagram
Antara tahun 2011 dan 2012, pengasas Instagram itu pernah bertemu dengan Twitter, Google dan juga Apple untuk urusan membeli Instagram.

WhatsApp alami gangguan di seluruh negara
Aplikasi media sosial milik Meta, WhatsApp mengalami gangguan di seluruh negara, menurut laman web Downdetector.

Aplikasi Instagram untuk iPad sedang dibangunkan
Masih belum diketahui bilakah aplikasi untuk iPad akan dilancarkan.

Meta Teen Account kini di Facebook, Messenger untuk tapis kandungan
Ciri ini menghalang mesej lucah dan kawalan penggunaan masa dalam aplikasi oleh ibu bapa serta penjaga.

Pengguna Instagram bawah 16 tahun perlu izin ibu bapa untuk siaran langsung
Meta mengumumkan bahawa pengguna Instagram berumur bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan menggunakan ciri siaran langsung tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.

WhatsApp kini bolehkan pengguna tambah pautan Instagram pada profil
WhatsApp Kini Membolehkan Pengguna Menambah Pautan Instagram Pada Profil

Kedutaan Malaysia di Seoul nasihatkan berwaspada menjelang keputusan Mahkamah Korea Selatan
Kedutaan Malaysia di Seoul menggesa rakyat Malaysia di Korea Selatan agar bertenang menjelang keputusan Mahkamah Perlembagaan mengenai pendakwaan ke atas Presiden Yoon Suk Yeol pada 4 April ini.