awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan terbakar, lelaki warga emas ditemui rentung

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2021
08:41 MYT
Kenderaan terbakar, lelaki warga emas ditemui rentung
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam sebuah kenderaan yang diparkir dekat Blok D Warisan Cityview, Jalan Cheras, siang tadi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam sebuah kenderaan yang diparkir dekat Blok D Warisan Cityview, Jalan Cheras, di ibu negara siang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi panggilan kecemasan yang diterma melalui talian MERS 999 jam 10.10 pagi tadi memaklumkan terdapat sebuah kenderaan terbakar.
Susulan itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu beserta enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi Kanan, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPGB), Wan Hamizan Kamaruddin, sebaik tiba di lokasi 15 minit kemudian, pihaknya mendapati sebuah sebanyak jenis Perodua Kancil di mana 50 peratus bahagian kenderaan tersebut dijilat api.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang mangsa lelaki dipercayai berusia 82 tahun telah meninggal dunia selepas badannya melecur 50 peratus.
Hasil siasatan dari bahagaian forensik bomba mendapati, api tersebut telah bermula dari dalam kenderaan.
Bagaimanapun punca kebakaran sebenar masih dalam siasatan, manakala mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#warga emas rentung
#Kenderaan Terbakar
#Warisan Cityview
#Jalan Cheras
#Perodua Kancil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan