awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan terjunam dalam gaung, bapa dan anak perempuan maut

Bernama
Bernama
29/05/2025
04:20 MYT
Kenderaan terjunam dalam gaung, bapa dan anak perempuan maut
Seorang bapa dan anak perempuan maut apabila kenderaan yang dinaiki enam sekeluarga terbabas ke dalam gaung di Kampung Kwongsai, Jalan Segamat-Labis, Segamat, petang semalam. - Foto bomba/Sinar Harian
SEGAMAT: Seorang bapa dan anak perempuannya berusia sembilan tahun maut apabila kenderaan yang dinaiki enam sekeluarga itu, terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Kwongsai, Jalan Segamat-Labis, di sini petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Zainal Abidin Che Deraman berkata mangsa yang meninggal ialah Mohd Fitri Md Said, 39, dan Nurin Insyirah Mohd Fitri, 9.
Beliau berkata isteri mangsa Nurain Farhana Johari, 32, serta tiga anak mereka Nur Atiya Mohd Fitri, 2, Muhammad Zikri Mohd Fitri, 11, dan Nur Hisna Mohd Fitri, 4, pula mengalami kecederaan.
Zainal Abidin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pacuan empat roda terbabas dan terjunam berkenaan, pada pukul 6.47 petang.
Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota, dikejarkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira sembilan kilometer daripada balai.
"Tiba di lokasi didapati terdapat sebuah kenderaan terjunam ke dalam gaung dan terdapat dua mangsa tersepit di bawah kenderaan jenis Toyota Hilux.
"Anggota bertugas bertindak menggunakan peralatan khas Hydraulic Ramp dan lain-lain untuk menstabilkan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.
"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan, manakala empat mangsa yang lain yang mengalami kecederaan telah keluar sendiri dan dibawa ke hospital," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zainal Abidin berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Segamat
#bapa dan anak perempuan maut
#gaung
#kereta terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami