PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa integriti bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipersoalkan selepas beliau melepaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada didakwa menyalahgunakan dana milik SRC International Sdn Bhd apabila bukti menunjukkan sebaliknya.
Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V Sithambaram berhujah bagaimana Mohamed Apandi yang merupakan saksi ke-14 pembelaan (DW14) mengesahkan dua carta aliran yang dipegangnya semasa sidang akhbar untuk membebaskan Najib pada 26 Jan 2016 merupakan carta aliran sama yang dikemukakan sebagai bukti semasa perbicaraan.
Sithambaram berkata carta aliran yang dipegang oleh Mohamed Apandi dengan jelas menunjukkan dana daripada SRC International memasuki akaun Najib bukan daripada sumbangan derma Arab sebagaimana didakwa Najib sepanjang pembelaannya.
Beliau berhujah mengenai perkara ini di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengaran rayuan bekas perdana menteri terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan dana RM42 juta SRC International.
Dua lagi anggota panel itu, ialah Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
BACA: Apandi Ali gagal kawal perasaan, menangis ketika beri keterangan di mahkamah
SRC International sebelum ini memperoleh dua pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) menerusi dua Jaminan Kerajaan (GG) yang ditandatangani Najib selaku Perdana Menteri dan menteri kewangan semasa dua Mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada Ogos 2011 dan Februari 2012.
“DW14 (Mohamed Apandi) menyatakan bahawa beliau mengeluarkan dua siaran akhbar pada Januari 2016 mengarahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) terhadap perayu ditutup kerana DW14 berpuas hati antara lain tiada bukti menunjukkan perayu menyalahgunakan kedudukannya untuk meluluskan GG pinjaman RM4 bilion kepada SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
“Bukti itu dengan jelas menunjukkan dana RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank perayu adalah daripada SRC dan bukan daripada sumbangan derma Arab atau daripada mana-mana sumber.
"Bukti ini menimbulkan keraguan ke atas integriti penemuan DW14 bahawa perayu tidak bersalah dalam kesalahan yang sedang disiasat SPRM,” kata Sithambaram.
BACA: Mohamed Apandi mohon dapatkan dokumen antara Dr Mahathir dan kerajaan
Pendakwa itu berkata semasa pemeriksaan balas, Mohamed Apandi telah bersetuju bahawa keputusan yang diambilnya melepaskan Najib berdasarkan fakta yang ada dalam kertas siasatan pada 26 Januari 2016.
“Keputusan Mohamed Apandi untuk melepaskan perayu adalah berdasarkan penemuan fakta bahawa perayu tidak mempunyai pengetahuan mengenai kesalahan dilakukannya pada rumusan siasatan SRC sebelum itu, katanya.
BACA: Siasatan 1MDB, SRC diklasikasi sebagai NFA, bukan ditutup - Mohamed Apandi
Sithambaram berkata kebiasaannya setiap keputusan mahkamah tidak berdasarkan pendapat mana-mana individu tetapi berdasarkan bukti yang dikemukakan dalam mahkamah.
Terdahulu, Sithambaram berkata penubuhan SRC tiada kena mengena dengan kepentingan negara tetapi sebaliknya disengajakan dan rancangan yang dibuat dengan perhitungan teliti oleh Najib untuk manfaat peribadi.
“Ia kelihatan seperti satu ‘scam’,” katanya.
BACA: Rayuan Najib: Pelaburan SRC International seperti satu penipuan - Sithambaram
Pada 28 Julai tahun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ke atas Najib setelah beliau didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana RM42 juta SRC International.
Pendengaran rayuan disambung Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021
Sithambaram (kiri) hadir di Mahkamah Rayuan bagi pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta, Putrajaya, 15 Apr, 2021. --fotoBERNAMA
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Mulut pegawai kadet TLDM berbuih, tapak tangan berdarah sebelum meninggal dunia - Saksi
"Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke biliknya, dia kemudian duduk di katil..."
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.