awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Mahathir berhubung pendedahan laporan CIA mengenai skandal BMH 1983 tidak munasabah - Salleh

Bernama
Bernama
25/01/2017
18:24 MYT
Kenyataan Mahathir berhubung pendedahan laporan CIA mengenai skandal BMH 1983 tidak munasabah - Salleh
Tun Mahathir mendakwa, CIA telah mengubah status 13 juta muka surat dokumen rasmi supaya mereka boleh membocorkan dua halaman berkaitan BMF. - Foto Astro AWANI
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah mengubah status 13 juta muka surat dokumen rasmi supaya mereka boleh membocorkan dua halaman berkaitan Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) bertujuan untuk memburukkan imejnya adalah tidak munasabah.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata banyak negara mengubah status dokumen yang diklasifikasikan atau tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi selepas 25, 35 tahun atau lebih, bergantung kepada sensitiviti dokumen berkenaan sementara setengah negara masih menklasifikasikan dokumen itu untuk selama-lamanya.
"Sebenarnya laporan BMF itu hanya dua muka surat daripada 13 juta halaman yang CIA mengubah statusnya dan ia secara kebetulan semata-mata.
"CIA tidak mengubah status hanya dua muka surat sahaja berhubung isu BMF," katanya menerusi catatan dalam blog beliau di http: //sskeruak.blogspot.my/, hari ini.
Menurut Salleh, bekas perdana menteri itu berkata bahawa laporan CIA yang didedahkan baru-baru ini yang mengaitkan beliau dalam skandal BMF 1983 membabitkan berbilion Ringgit bertujuan untuk memburuk-burukkan beliau (Mahathir) dan sebab CIA mahu memburuk-burukkannya ialah kerana beliau mengkritik Amerika Syarikat (AS).
"Jika itu benar mengapa CIA menunggu sehingga 34 tahun untuk berbuat demikian? Mereka boleh melakukannya apabila beliau masih menjadi Perdana Menteri dan bukan sekarang apabila beliau tidak lagi penting kepada Amerika Syarikat," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BMF
#bocor maklumat
#CIA
#Mahathir Mohamad
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan