Skip to main content

Dunia

Amaran gelombang haba di Seoul

71722934799_coldwater.jpg
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu ketara maksimum dijangka kekal melebihi 35 darjah Celsius selama dua hari berturut-turut atau lebih. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara itu pada musim panas ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) menaikkan tahap nasihat gelombang haba kepada amaran penuh bagi kawasan timur dan barat daya Seoul pada 11 pagi, susulan gelombang haba yang melanda seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Agensi berkenaan telah mengeluarkan amaran gelombang haba pertama bagi ibu negara itu pada musim panas ini pada 11 Julai.

Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu ketara maksimum dijangka kekal melebihi 35 darjah Celsius selama dua hari berturut-turut atau lebih.

Menurut KMA, suhu ketara mencecah 34.8 darjah Celsius di selatan Seoul pada 1 tengah hari.

Agensi itu mengaitkan gelombang haba tersebut dengan pengaruh serentak sistem tekanan tinggi Pasifik Utara dan sistem tekanan tinggi Tibet, serta menjangkakan keadaan tersebut berterusan sehingga hujung minggu hadapan.

Sebagai langkah susulan, kerajaan metropolitan Seoul membuka pejabat pentadbiran tempatan untuk kegunaan orang ramai menyejukkan diri sepanjang masa.

Pihak bandar raya juga mengehadkan kerja luar antara 2 petang hingga 5 petang di tapak pembinaan milik pihak berkuasa tempatan, serta mengesyorkan tapak pembinaan swasta untuk mengambil langkah sama.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video

Advertisement