KUCHING:Tindakan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati adalah mengejutkan dan memalukan.
Malah Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh rakyat Sarawak.
“Saya ada melihat ucapan beliau di parlimen dan saya terkejut. Saya tidak sangka dan berasa malu kerana kenyataan itu dikeluarkan oleh anak Sarawak.
“Kita sepatutnya mengiktiraf pengorbanan yang dilakukan terutama mereka yang bekerja dalam bidang perubatan, tentera dan polis,” katanya.
BACA: Gara-gara kenyataan 'KP Kesihatan takut mati', Dewan Rakyat jadi medan bertikam lidah
Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak berpendapat, walaupun Tiong merupakan sebahagian daripada barisan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), ini tidak bermakna kenyataan itu wajar disokong.
“Jeneral tidak masuk ke medan pertempuran, mereka merancang segala strategi. Oleh itu, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bintulu itu tidak sepatutnya terjadi.
“Dia mungkin pemimpin GPS tetapi saya tidak sesekali bersetuju dengan kenyataan itu dan selepas ini sila berhemah dan menggunakan kata-kata yang betul ketika di Parlimen,” ujarnya lagi.
Pada Rabu, Tiong mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati ketika sidang perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021.
Ketika membahaskan Belanjawan 2021, Tiong mendakwa Dr Noor Hisham tidak berani turun ke Sabah, tatkala negeri itu mengalami kesan paling teruk akibat gelombang ketiga COVID-19.
BACA: Cuepacs mahu Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf isu kenyataan 'DG takut mati
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Nov 12 2020

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak berpendapat, walaupun Tiong merupakan sebahagian daripada barisan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), ini tidak bermakna kenyataan itu wajar disokong. - fotoBERNAMA

Naza TTDI ganjar pangsapuri kepada empat atlet pemenang pingat emas Malaysia
Unit diterima tiga atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang.

Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Kenyataan MP Bintulu tidak wajar dan memalukan - Pemimpin GPS
Tindakan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati adalah mengejutkan dan memalukan.