awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Na'im tentang kos penjenamaan benar - Tabung Haji

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2025
06:21 MYT
Kenyataan Na'im tentang kos penjenamaan benar - Tabung Haji
Dalam satu kenyataan pada Rabu, TH turut menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain telah dibuat menerusi inisiatif ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Na’im Mokhtar pada 18 Ogos lalu di Dewan Rakyat berhubung penjenamaan semula institusi kewangan umat Islam itu adalah benar.
TH dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan penyelidikan dan kajian pasaran dan audit serta pelan penjenamaan.
Fi itu juga merangkumi kos perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman, tambah kenyataan itu.
Setakat ini, sejumlah RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran yang ditetapkan.
Sehubungan itu, TH turut menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain telah dibuat menerusi inisiatif ini.
TH turut menzahirkan komitmentnya untuk memastikan semua keputusan diambil mengikuti garis panduan yang tepat dalam memastikan kepentingan para pendeposit.
Pada 18 Ogos lalu, Naim memberi penjelasan rasmi berhubung isu berkaitan penjenaman semula TH dilakukan melalui proses rundingan terus dan tidak melibatkan dalam urusan dasar institusi itu.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#penjenamaan Tabung Haji
#Mohd Na'im Mokhtar
#fi konsortium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan