awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keperluan dos ketiga vaksin belum diputuskan - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2021
07:21 MYT
Keperluan dos ketiga vaksin belum diputuskan - Khairy
Khairy menjelaskan kerajaan akan membuat perancangan jangka masa panjang berkenaan perkara berkenaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Belum ada sebarang data mengenai keperluan mengambil dos ketiga vaksin seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan buat masa ini kerajaan belum memutuskan tentang dos ketiga namun akan membuat perancangan jangka masa panjang berkenaan perkara berkenaan.
"Untuk dos ketiga kita belum tahu lagi, itu pun pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer mungkin memerlukan booster dos ketiga.
"Kita tidak ada apa-apa data lagi berkenaan keperluan untuk ada dos ketiga, walau bagaimanapun kerajaan akan merancang untuk jangka masa panjang, ada kemungkinan vaksin ini diperlukan untuk tahun-tahun akan datang, kita belum tahu lagi," katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 di sini hari ini.
COVID-19 | Suntikan ketiga vaksin Pfizer mungkin diperlukan
Sebelum ini, CEO Pfizer, Albert Bourla dalam satu temu bual memaklumkan bahawa penerima vaksin COVID-19 keluaran syarikat ubat-ubatan itu kemungkinan memerlukan suntikan ketiga dalam tempoh setahun.
Menurutnya, penerima vaksin itu juga berkemungkinan perlu disuntik pada setiap tahun bagi membendung penularan pandemik berkenaan.
[TERKINI] Sidang media berkenaan Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan | 19 April 2021
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#dos ketiga
#Pfizer
#COVID-19
#vaksin
#Albert Bourla
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan