KUALA LUMPUR: Keputusan hukuman terhadap atlet olahraga yang didapati positif doping akan diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan lagi.
Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) Azura Abidin berkata sesi pendengaran membabitkan kes berkenaan telah diadakan pada Isnin lepas.
"Pendengaran sudah dibuat pada 11 Sept dan atlet telah dipanggil dalam sesi pendengaran ini. Kita sudah dapatkan semua maklumat daripada atlet dan saya jangka keputusan akan libatkan masa dalam sebulan atau selewat-lewatnya dua bulan lagi.
"Sesi itu lebih kepada pendengaran, kita nak tahu apa sebenarnya berlaku semasa dan sebelum kejadian," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kejohanan Piala Puteri di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini hari ini.
Azura berkata ahli jawatankuasa panel pendengaran sudah pasti akan membuat pertimbangan sebaiknya sebelum mengeluarkan sebarang keputusan berdasarkan peraturan anti-doping serta keputusan kes terdahulu.
Pada Jun lepas, Adamas mengumumkan kegagalan ujian doping melibatkan seorang atlet olahraga pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang berlangsung pada Februari di Stadium Mini MSN.
Tanpa mendedahkan butiran atlet, Adamas mengesahkan bahawa keputusan doping itu positif terhadap penggunaan bahan terlarang sibutramine.
Atlet berkenaan digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.
Atlet terbabit juga dilaporkan menolak untuk mencabar ujian sampel B dan memilih untuk proses pendengaran dijalankan ke atasnya pada Julai lepas.
Menurut Adamas, atlet terbabit boleh dijatuhkan hukuman maksimum penggantungan dua tahun sekiranya didapati bersalah dalam pengambilan bahan terlarang pada kejohanan tersebut.
Sementara itu, Azura berkata pihaknya masih menunggu keputusan penuh ujian doping terhadap 65 atlet terpilih yang akan menyertai Sukan Asia Hangzhou 2022.
"Kita ambil secara berperingkat, pada Ogos lepas kita ambil (doping) sekitar lebih 20 atlet dan alhamdullilah atlet fasa pertama semua lulus. Sekarang kita masih menunggu keputusan fasa kedua dan kita sasar sebelum 23 Sept sebab ramai yang akan berangkat ke sana," katanya.
Pada Sukan Asia kali ini, Malaysia akan diwakili oleh 289 atlet yang beraksi dalam 22 daripada 40 jenis sukan atau 121 daripada 481 acara yang dipertandingkan.
Sukan Asia Hangzhou 2022 yang ditangguh susulan COVID-19 tahun lepas, dijadual pada 23 Sept hingga 8 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Pada Jun lepas, Adamas mengumumkan kegagalan ujian doping melibatkan seorang atlet olahraga pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang berlangsung pada Februari di Stadium Mini MSN. - Gambar hiasan
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.
Jia Xin disahkan positif doping, digantung dua tahun
Atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu.
Glowacki digantung empat tahun, gagal ujian doping
Bekas juara tinju WBO Cruiserweight, Krzysztof Glowacki boleh melupakan pertarungan di gelanggang selama empat tahun selepas gagal ujian doping.
‘Saya terkejut bila mula dapat tahu sangkut doping’ - Kumar
Kumar positif bahan terlarang jenis sibutramine ketika menggalas cabaran The Speedy Tigers pada Piala Asia di Dhaka, Bangladesh.
Keputusan atlet gagal doping diketahui dua bulan lagi - Adamas
Pengarah Adamas, Azura Abidin berkata, sesi pendengaran membabitkan kes berkenaan telah diadakan pada Isnin lepas.
'Kopi pelangsing' punca atlet gagal doping
Katanya, satu kerugian jika atlet gagal ujian doping ditambah pula makan tambahan yang diambil tidak beri sebarang kesan tambahan.
Atlet olahraga digantung 'sangkut' doping - Adamas
Arena sukan negara dicemari dengan satu lagi insiden doping, kali ini melibatkan seorang atlet olahraga semasa Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN.