SEREMBAN:Keputusan awal analisis sampel yang diambil dari lokasi punca pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai, mendapati ia merupakan sebatian organik jenis 'Dimethyl Disulfide'.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata keputusan itu diperoleh Sabtu lepas (24 Okt) hasil daripada analisis ke atas lima sampel tanah yang diambil di sekitar belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, yang menjadi punca pencemaran di sungai berkenaan.
"Dimethyl Disulfide adalah satu sebatian organik yang biasanya digunakan sebagai bahan tambahan dalam industri makanan dan juga digunakan sebagai bahan pemangkin dalam industri petrokimia.
"Walaupun maklumat telah diperoleh daripada siasatan yang dijalankan ke atas suspek dan beberapa lagi pihak yang berkaitan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan masih meneliti semua fakta kes yang telah diperoleh sepanjang siasatan sebelum rumusan dapat dibuat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini kes berkenaan yang telah mengakibatkan dua loji rawatan air iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi di Selangor dihenti tugas.
Pada 5 Okt, Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan bahawa sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik tersisa ditemukan di belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, yang menjadi punca pencemaran di Sungai Batang Benar.
Susulan itu, tiga lelaki berumur 30-an hingga 40-an ditahan di Kota Bharu, Kelantan dengan dua daripadanya ditahan pada 6 Okt dan 12 Okt lepas, bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.
Berikutan pencemaran itu, ia telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan sejumlah 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
S. VEERAPAN: Walaupun maklumat telah diperoleh daripada siasatan yang dijalankan ke atas suspek dan beberapa lagi pihak yang berkaitan, JAS Negeri Sembilan masih meneliti semua fakta kes yang telah diperoleh sepanjang siasatan. - Gambar Fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan - LUAS
Antaranya, penganjur boleh memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan.
Tingkat kesedaran jaga kualiti air - TPM Fadillah
Beliau berkata kualiti air juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pencemaran industri, pertanian, pembangunan bandar, dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia.
2% sampah di lautan berasal dari sungai di Guatemala
Sungai Las Vacas terdiri daripada kira-kira 60 peratus kumbahan dan sampah sarap bandar raya Guatemala.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Penduduk Taman Wangi desak tindakan segera pencemaran Sungai Ketil
Penduduk mendakwa masalah air bertukar hitam ini sudah banyak kali berlaku terutamanya ketika waktu hujung minggu atau cuti.
Pulau Pinang kuat kuasa semula dasar pengasingan sisa di punca
Dasar itu pernah dikuatkuasakan selama tiga tahun bermula 2017, namun terhenti disebabkan COVID-19 pada 2020.
Tiga bandar India antara 10 lokasi paling tercemar di dunia
Dua bandar raya India menyertai New Delhi untuk menjadi antara 10 lokasi paling tercemar di dunia.
Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, PepsiCo sumber pencemaran terburuk di UK
Semakan Audit mendapati 12 syarikat bertanggungjawab terhadap lebih dua pertiga pencemaran sisa berjenama yang dikutip sepanjang tahun.
Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.