KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 28 Okt ini untuk keputusan sama ada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah, pihaknya hanya perlu membuktikan tindakan Syed Saddiq yang mengarahkan pengeluaran wang RM1 juta daripada akaun rasmi Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu pada 6 Mac 2020 tergolong di bawah kesalahan bersubahat.
Beliau berkata, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.
"Harus diingat kesalahan bersubahat ini adalah satu kesalahan berbeza daripada apa yang dilakukan oleh saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim Razali. Kami hanya perlu menunjukkan setiap tindakan Rafiq Hakim adalah disebabkan arahan yang diberikan oleh tertuduh yang dipengaruhi dengan niat dan motif jahat tertuduh," katanya.
Wan Shaharuddin berkata, Syed Saddiq juga telah mengarahkan Rafiq Hakim untuk memindahkan wang kutipan dana RM120,000 daripada akaun Maybank Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke dalam akaun bank milik Ahli Parlimen itu pada April 2018.
"ABBE ditubuhkan untuk menjana pendapatan bagi Armada dan tujuan kutipan dana adalah untuk mendapatkan dana untuk digunakan oleh Armada untuk kempen PRU14. Tidak pernah sama sekali timbul isu bahawa tujuan kutipan dana tersebut dilakukan untuk menggantikan semula wang yang telah digunakan oleh tertuduh untuk PRU14," katanya.
Bagi kes pengubahan wang haram pula, beliau berkata, terdapat dua transaksi dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018 masing -masing RM50,000 daripada akaun Maybank milik tertuduh ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya.
Wan Shaharuddin berkata, keterangan Rafiq Hakim dan Pegawai Penyiasat SPRM Putrajaya, Asbi Munip menjelaskan bahawa sebarang kutipan dana adalah milik Armada dan bukan milik tertuduh.
Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo berhujah bahawa tidak dipertikaikan bahawa semua wang yang dibelanjakan daripada pengeluaran RM1 juta itu telah dibelanjakan untuk program Armada dan Syed Saddiq tidak menerima satu sen pun daripada wang itu.
"Ini menunjukkan bahawa, bertentangan dengan kes pendakwaan, tertuduh bertindak untuk melaksanakan dan tidak melanggar Perlembagaan Bersatu. Dalam hal ini, kami berhujah bahawa tertuduh sepatutnya dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan Seksyen 405," katanya.
Pihak pendakwaan menutup kesnya pada 27 Sept, selepas memanggil 30 saksi dalam perbicaraan yang bermula 21 Mei dan antara saksi pendakwaan ialah ibu dan bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta Rafiq Hakim yang merupakan bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 28 Okt ini untuk keputusan sama ada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri. - Gambar fail BERNAMA
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam - Syed Saddiq
Kata Syed Saddiq, keterangan yang memihak kepadanya disembunyikan oleh pendakwaan dan rakan-rakannya turut diugut.
Tidak pernah arah keluar wang RM1 juta dari akaun Armada - Syed Saddiq
Dakwaa beliau mengarahkan pengeluaran wang itu dari akaun Armada suatu pembohongan semata-mata, kata Syed Saddiq.
Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.
Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie
Pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.
Syed Saddiq tak maklum senarai perbelanjaan kempen PRU14 - Pegawai penyiasat
Syed Saddiq memberitahu pegawai penyiasat supaya merujuk dokumen perbelanjaan itu kepada individu yang urus kewangan peribadinya.
Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok
Pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13.
JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...
Pecah amanah, salah guna wang: Syed Saddiq selesai bayar baki wang jaminan RM250,000
Syed Saddiq yang menghadapi pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM250,000.