KUALA LUMPUR: Permohonan pembelaan bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan seorang saksi utama pendakwaan yang direkod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diketahui esok.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Menteri Belia dan Sukan itu serta Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Gobind berhujah, pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13 iaitu Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung kutipan dana untuk tujuan kempen Ahli Parlimen Muar itu.
Beliau berkata, Rafiq Hakim memberitahu pegawai penyiasat SPRM bahawa wang dalam akaun Armada adalah hasil kutipan dana orang ramai oleh Syed Saddiq sendiri untuk berkempen di Muar.
"Namun ketika memberi keterangan lisan di mahkamah, saksi itu menyatakan dana tersebut dikumpul untuk kegunaan Armada.
"Oleh itu, wujud percanggahan dalam keterangannya namun kami tidak dibekalkan dengan dokumen berkenaan jadi bagaimana untuk mendapatkan perbicaraan yang adil,'' katanya yang turut mendakwa saksi itu mungkin berbohong di mahkamah.
Bagaimanapun, Wan Shaharuddin meminta Azhar menolak permohonan itu atas alasan pembelaan gagal meyakinkan mahkamah bahawa mereka telah memenuhi syarat di bawah Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah.
"Mereka sekadar melengkapkan 'ekspedisi memancing.' Sepatutnya saksi ini selesai memberi keterangan namun ia seperti tiada kesudahan," katanya.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
Permohonan pembelaan bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan seorang saksi utama pendakwaan yang direkod SPR) dalam perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diketahui esok. - Gambar Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam - Syed Saddiq
Kata Syed Saddiq, keterangan yang memihak kepadanya disembunyikan oleh pendakwaan dan rakan-rakannya turut diugut.
Tidak pernah arah keluar wang RM1 juta dari akaun Armada - Syed Saddiq
Dakwaa beliau mengarahkan pengeluaran wang itu dari akaun Armada suatu pembohongan semata-mata, kata Syed Saddiq.
Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.
Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie
Pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.
Syed Saddiq tak maklum senarai perbelanjaan kempen PRU14 - Pegawai penyiasat
Syed Saddiq memberitahu pegawai penyiasat supaya merujuk dokumen perbelanjaan itu kepada individu yang urus kewangan peribadinya.
Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok
Pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13.
JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...
Pecah amanah, salah guna wang: Syed Saddiq selesai bayar baki wang jaminan RM250,000
Syed Saddiq yang menghadapi pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM250,000.