KUALA LUMPUR:Keputusan kerajaan untuk membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi hingga 10 malam bermula hari ini akan mengurangkan cabaran berat yang dihadapi oleh perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) berkuat kuasa, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata keputusan untuk melanjutkan waktu operasi disambut baik, terutamanya kepada pengusaha restoran yang menghadapi kerugian besar, dan ada juga yang terpaksa ditutup.
"Dengan penurunan mendadak jumlah pelanggan semasa PKP 2.0, pengusaha restoran berusaha untuk menampung kos operasi mereka, seperti sewa, gaji, bayaran balik pinjaman dan kos utiliti serta kenaikan harga barangan.
"Oleh itu, kami berterima kasih kepada kerajaan atas campur tangan yang berterusan untuk mencapai keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan sumber pendapatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada Khamis bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah PKP, sehingga pukul 10 malam bermula 22 Jan daripada 8 malam sebelum ini.
Syed Hussain turut mengingatkan majikan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan terus komited untuk menghentikan penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021

Keputusan untuk melanjutkan waktu operasi disambut baik, terutamanya kepada pengusaha restoran yang menghadapi kerugian. - Gambar hiasan/Bernama

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

305 lagi ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Daripada 305 yang ditahan, 296 dikenakan kompaun, lapan direman dan seorang dijamin.

Dolly Parton terima suntikan vaksin yang dibiayainya
Parton menyumbangkan AS$1 juta untuk penyelidikan COVID-19, yang sebahagiannya digunakan untuk membiayai vaksin Moderna.

Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital
Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian malam tadi.

Pemuda dan tunang didakwa edar dadah, berdepan hukuman mati
Tertuduh, Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh 22 tahun berdepan dengan tujuh pertuduhan manakala pasangannya Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21, berdepan dengan dua pertuduhan.

Lompat Parti | Lima ADUN lompat parti disifatkan khianat
Tindakan lima ADUN Amanah yang keluar parti dan menyetakan hasrat untuk menyertai PKR, baru-baru ini disifatkan sebagai perbuatan khianat.

'Surat peletakan jawatan' Adun Sebatik: Warisan akan ambil tindakan undang-undang
Peguam Warisan didakwa mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan bahawa Hassan A Gani bersetuju untuk meletak jawatan jika meninggalkan parti.

Harga RON95, RON97, diesel kekal
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Tumpuan AWANI 7:45 - Jangan potong barisan suntikan! | Sidang Parlimen
Individu potong barisan untuk jadi penerima awal vaksin COVID-19 boleh didenda sehingga RM50,000, penjara hingga enam bulan. Tiada keperluan lagi untuk memanggil Sidang Parlimen dalam tempoh proklamasi darurat, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Perincian lanjut dalam AWANI 745 malam ini dan astroawani.com

Cerita Sebalik Berita: EKSKLUSIF | Siapa di sebalik 'adiwira' Ebit Liew
Nama Ebit Liew sudah menjadi sinonim dengan kerja-kerja amal bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Lagi-lagi di tengah pandemik ini, ada sahaja laporan orang yang memerlukan bantuan, Ustaz Ebit Lew antara yang pertama turun ke padang untuk menyampaikan bantuan.

Keputusan benarkan kedai makan beroperasi hingga 10 malam bantu tingkatkan perniagaan - MEF
Keputusan untuk melanjutkan waktu operasi disambut baik, terutamanya kepada pengusaha restoran yang menghadapi kerugian.

Operasi kedai makan, restoran dibenarkan hingga jam 10 malam
Walaupun demikian, ia tertakluk kepada perkhidmatan bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

Had operasi kedai makan: Kerajaan tidak dengar keluhan rakyat - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu juga dilihat kerajaan PN tidak peka akan nasib rakyat khususnya kumpulan yang terjejas pendapatan.