awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept

Bernama
Bernama
23/08/2024
05:20 MYT
Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept
Ini merupakan representasi ketiga yang dihantar oleh Rosmah (gambar). Representasi pertama dan keduanya dihantar masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos tahun lepas, namun ia masih belum diputuskan oleh AGC. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung representasi ketiga yang dikemukakan oleh isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi menggugurkan 17 pertuduhan yang dihadapinya, akan diketahui pada 6 Sept.
Dua belas daripada pertuduhan itu berkaitan pengubahan wang haram yang melibatkan lebih RM7 juta, manakala lima lagi pertuduhan berkaitan kegagalannya mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Peguam Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memberitahu hakim perbicaraan K. Muniandy bahawa satu persetujuan telah dicapai berhubung representasi yang dihantar oleh anak guamnya itu, dan kini hanya menunggu kertas kerja untuk dimuktamadkan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dalam responsnya mengesahkan bahawa representasi itu sudah hampir dimuktamadkan.
"Ia hanya menunggu dokumentasi sebelum kita boleh teruskan dengan perintah mahkamah," katanya.
Muniandy kemudian menetapkan 6 Sept bagi kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan muktamad.
Ini merupakan representasi ketiga yang dihantar oleh Rosmah, 72. Representasi pertama dan keduanya dihantar masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos tahun lepas, namun ia masih belum diputuskan oleh AGC.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut memfailkan permohonan untuk dibebas dan dilepaskan daripada semua 17 pertuduhan itu pada 4 Okt 2020.
Rosmah, 72, didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Setakat ini dua saksi telah memberi keterangan dalam perbicaraan, yang bermula pada 24 Ogos tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#pengubahan wang haram
#gugur pertuduhan
#gagal isytihar pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan