Keputusan menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperoleh secara konsensus oleh semua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia berasaskan kemahuan pucuk pimpinan sendiri untuk melihat parti terus bergerak ke hadapan.
"Saya sendiri yang mempengerusikan mesyuarat itu selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil sikap berkecuali dalam hal berkenaan.
"Apa yang diputuskan pucuk pimpinan tertinggi ini merupakan satu keputusan secara konsensus, tetapi ia bersandarkan kepada keinginan pucuk pimpinan untuk bergerak ke hadapan," katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato Onn selepas mesyuarat MT UMNO di sini hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan jawatan Muhyiddin digantung serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.
Tegas Tengku Adnan, keputusan itu diambil selepas ahli MT berbincang selama lebih dua jam untuk usul penggantungan berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan paling penting kini adalah usaha mengukuhkan kembali parti di atas landasannya.
"Yang penting kita memikirkan apa yang terbaik untuk kesempurnaan parti. Parti tidak boleh berjalan sekiranya penjawat jawatan tidak menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Jadi, bila tidak membantu, maka sebagai sebuah parti yang banyak peranan dan tanggungjawab, kita harus terus ke hadapan," ujarnya.
Pandangan sama diberi ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang melihat keputusan itu berdasarkan Perlembagaan parti sendiri.
"UMNO telah menunjukkan kekuatannya bahawa parti ini berlandaskan Perlembagaan dan disiplin yang sebenarnya menjadi tunggak kepada mana-mana parti di seluruh dunia," tegasnya.
Sepanjang tempoh penggantungan Muhyiddin, Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO.
Wan Syamsul Amly, Hilal Azmi
Fri Feb 26 2016
Keputusan menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) diperoleh secara konsensus oleh semua ahli MT UMNO. -Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.