Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas dan ada strategi untuk menangani isu-isu berkaitan keganasan di dalam dan luar negara.
Sambil mengucapkan tahniah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata keadaan sekarang memerlukan seorang pemimpin yang komited dan memahami masalah geopolitik serta ancaman Daish.
"Saya yakin beliau dapat bantu negara dalam merapatkan hubungan Malaysia dengan negara lain khususnya dalam pertahanan dan keselamatan negara.
"Kita memerlukan seorang yang benar-benar berpengalaman menangani masalah keganasan yang timbul hari ini di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyertai program Briskwalk KPDNKK 2017 di sini pada Selasa.
Pelantikan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan semalam. Najib berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata beliau sependapat dengan pakar-pakar minyak dan gas yang menyatakan kemungkinan besar harga minyak dunia akan mencecah AS$60 setong.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan harga minyak negara.
Harga runcit mingguan berkuat kuasa esok hingga 19 April bagi petrol RON95 naik 8 sen kepada RM2.24 seliter, RON97 naik 9 sen kepada RM2.52 seliter dan diesel naik sebanyak 8 sen kepada RM2.16 seliter.
Mengenai program Briskwalk, KPDNKK dalam satu kenyataan berkata ia akan diadakan setiap Rabu untuk warga kementerian mengamalkan gaya hidup sihat, dan dimulakan dengan senaman aerobik dan seterusnya berjalan sejauh tiga kilometer di sekitar Putrajaya.
Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha Datuk Seri Jamil Salleh dan pegawai-pegawai kanan kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2017
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) berjabat tangan bersama Ketua Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Sheikh Dr Mohamed Abdul Kareem Al-Issa yang juga Penasihat kepada Raja Arab Saudi pada Selasa. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.