KUALA LUMPUR: Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas keanggotaan mereka dibatalkan bukanlah perkara pelik malah sudah dijangka oleh ramai pemerhati politik.
Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar berkata keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia serta menggambarkan tahap kematangan seorang Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam membaca dan mentafsir undang-undang.
"Selain itu, ia memperlihatkan bagaimana pemimpin parti berpandangan sama ada mahu terus bermain di sudut undang-undang atau mahu bermain di padang politik.
"... yang kita nampak sekarang ialah mereka (pemimpin Bersatu) tidak lihat perkara ini daripada roh kestabilan politik tetapi lebih kepada kepentingan politik," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Status 6 MP Bersatu Akur atau Cabar Keputusan Speaker? terbitan Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata sekalipun keputusan itu dicabar oleh Bersatu di mahkamah, ada kemungkinan mahkamah akan berpihak kepada Speaker Dewan Rakyat.
"Kita kena tengok juga keputusan Speaker ini, mungkin menjadi panduan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) di 13 negeri sebab setiap DUN ada Speaker serta enakmen masing-masing dan mereka akan berpandu kepada keputusan Speaker.
"Walaupun tiada keperluan untuk mereka ikut keputusan Speaker namun di sinilah kemampuan dan kematangan Speaker teruji dan saya melihat keputusan Speaker ini adalah untuk tidak membawa Parlimen ke belakang yang menyebabkan perlunya kekosongan kerusi untuk Pilihan Raya Kecil walhal perlembagaan parti hanyalah sekadar 'hujung kuku' di mata Perlembagaan Persekutuan dan tak terpakaipun untuk Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Minggu lepas, Johari memutuskan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat serta tidak perlu mengosongkan kerusi mereka kerana pindaan perlembagaan Bersatu baru-baru ini bertentangan dengan peraturan Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen.
Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Mohd Aziz Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).
Ketua Sekretariat Media Perpaduan Datuk Lokman Noor Adam pula berkata semua pihak perlu memahami Perlembagaan Persekutuan adalah 'lebih besar' berbanding perlembagaan mana-mana parti justeru itu, tidak seharusnya timbul isu sama ada Johari terkhilaf dalam membuat keputusan mengekalkan kerusi yang disandang oleh keenam-enam Ahli Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Dari kiri atas, Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Suhaili (Labuan), Zahari (Jeli). Dari kiri bawah; Mohd Azizi (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain (Kuala Kangsar) dan Zulkafperi (Tanjong Karang).
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
PRU15 pencapaian tertinggi Pas - Abdul Hadi
Sejumlah 18 kerusi diperoleh dalam PRU14, manakala sebanyak 43 kerusi Parlimen dimenangi dalam PRU15 melalui kerjasamanya dalam Perikatan Nasional.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRU15: Dua daripada lima calon berjaya menang kedua-dua kerusi DUN, Parlimen
Mereka ialah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili Perikatan Nasional dan calon Pakatan Harapan, Nga Kor Ming.
PRU15: 32 daripada 127 calon wanita menang kerusi Parlimen, 15 kerusi DUN
Daripada keseluruhan 127 calon Parlimen, 16 adalah dari PH, lima GPS, tujuh PN, tiga BN dan satu Warisan.
PRU15: Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR
Sehingga 4.30 pagi ini, gabungan di bawah PH menang 82 kerusi Parlimen, PN 73, sementara BN 30 kerusi
PRU15: PH tawan Johor dengan 15 kerusi Parlimen
Pakatan Harapan terus mengekalkan penguasaannya di negeri Johor apabila menawan 15 daripada 26 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi negeri itu.
PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
PRU15: BN sasar menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah - Zahid
Barisan Nasional (BN) menyasarkan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di negeri Kedah untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).