awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/05/2022
10:38 MYT
Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
Mahkamah Tinggi Muar menetapkan 1 Jun depan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan lelaki etnik Rohingya, Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.
MUAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Jun depan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan lelaki etnik Rohingya, ‘Long Tiger’ daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes berkenaan.
Ia selepas permohonan mencabar keputusan itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, Muhammad Qaiyyum Ramlan dan Nor Syamilah Jalaluddin
Manakala Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Azfar Azmi.
Perintah perlepasan bukan pembebasan itu dibuat Majistret Zaridah Abdul Jaapar, di Mahkamah Majistret Tangkak pada 17 Mei lalu, terhadap Long Tiger yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.
Ia susulan kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman.
Saksi utama pendakwaan yang juga bekas pekerja Long Tiger itu maut dalam kemalangan jalan raya pada 23 Mac lalu di Tangkak, Johor.
Pada 20 Januari lalu pula, Long Tiger dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak kerana melarikan diri daripada tahanan mahkamah itu kira-kira jam 11.55 pagi, pada 15 Disember 2021.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali.
Lelaki berketurunan Rohingya itu juga kini berdepan perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah dan ugutan bunuh.
Long Tiger juga masih berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 kanun sama kerana merogol di Mahkamah Muar.
Terdahulu di Mahkamah Majistret Tangkak pagi ini, Zaridah turut menolak permohonan peguam untuk turut melepaskan tanpa membebaskan Long Tiger bagi pertuduhan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 342.
Permohonan dibuat pihak pembelaan itu susulan kematian saksi pendakwaan utama yang sama.
Topic Berkaitan
#Long Tiger
#lelaki etnik Rohingya
#peras ugut
#ugutan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan