KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda pada Selasa yang menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara, mengesahkan pendirian Malaysia bahawa timbang tara itu tidak sepatutnya berlaku
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata permohonan sedemikian tidak sah sejak awal lagi dan award akhir yang dikatakan itu adalah terbatal.
"Pihak yang menuntut tidak boleh bergantung pada award akhir yang dikatakan itu untuk cuba merampas aset Malaysia di Belanda dan dengan penghakiman penting ini, sebarang percubaan oleh pihak menuntut dan pembiaya mereka akan menjadikan sia-sia untuk menguatkuasakannya di bidang kuasa lain," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum berlepas pulang dari Vientiane, Laos mengumumkan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang menolak permohonan kumpulan Sulu itu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda.
Award akhir yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara pada 29 Feb tahun lepas, dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir sebanyak US$14.9 bilion itu, kumpulan Sulu tersebut dilaporkan telah cuba menyita aset syarikat minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg, aset di Belanda dan juga menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada Kedutaannya).
Menurut Azalina, keputusan Mahkamah Rayuan The Hague itu menunjukkan pencapaian Malaysia dalam mencabar tindakan undang-undang untuk menghalang penguatkuasaan award yang dikatakan itu di peringkat global, yang merupakan ancaman kepada keseluruhan sistem timbang tara antarabangsa.
Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mendapatkan bayaran kos yang diperintahkan terhadap pihak yang menuntut, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun lepas yang menyokong tindakan Malaysia mencabar award awal Stampa sebelum ini mengenai bidang kuasa, kata beliau.
"Kerajaan akan memastikan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan Malaysia dilindungi dan dipertahankan pada setiap masa," kata Azalina.
Beliau berkata keputusan sedemikian dibuat secara tegas berdasarkan tiga alasan termasuk tiada award akhir boleh diberikan secara sah kerana pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara oleh mahkamah Sepanyol yang melantiknya, yang seterusnya membatalkan semua tindakan prosedurnya.
"Oleh itu, tiada award timbang tara yang boleh diiktiraf dan dikuatkuasakan. Tribunal timbang tara juga tidak ditubuhkan dengan betul memandangkan pelantikan Stampa dibatalkan, yang membawa kepada penolakan permintaan pihak yang menuntut," tambahnya.
Alasan kedua ialah tiada perjanjian timbang tara yang sah wujud menyebabkan tiada prosedur timbang tara boleh berlaku mengikut undang-undang.
"Tidak dapat dipastikan bahawa pihak-pihak berhasrat untuk menyelesaikan pertikaian melalui timbang tara, walaupun mereka berbuat demikian, klausa yang didakwa dirujuk oleh pihak yang menuntut dalam apa jua keadaan tidak berfungsi dan tidak boleh dipercayai," kata Azalina.
Alasan terakhir ialah penangguhan penguatkuasaan yang luar biasa bagi award akhir yang dikatakan di Paris adalah alasan lanjut untuk penolakan yang menyebabkan award itu tidak mendapat pengiktirafan dan penguatkuasaan di Belanda, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Azalina berkata permohonan sedemikian tidak sah sejak awal lagi dan award akhir yang dikatakan itu adalah terbatal. -Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
Pembiaya litigasi pihak ketiga antara fokus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing bacaan kali kedua
Tindakan ini bukan sahaja menggugat integriti sistem perundangan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara secara keseluruhan.