awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid kukuh, diterima mahkamah - Jabatan Peguam Negara

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
05/09/2023
12:01 MYT
Keputusan melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid kukuh, diterima mahkamah - Jabatan Peguam Negara
Jabatan Peguam Negara menegaskan, permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dikemukakan dan telah pun diterima oleh mahkamah. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara menegaskan, permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam prosiding pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada Isnin dibuat berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan kepada mahkamah.
Kenyataan itu menjelaskan, keputusan itu telah pun diterima oleh mahkamah.
"Semasa membuat keputusan tersebut, Hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent)," jelas kenyataan itu pada Selasa.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan terdapat laporan yang mendakwa bahawa keputusan yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara itu sebagai tidak bermoral.
Terdahulu, terdapat pihak yang menggesa Jabatan Peguam Negara wajib memberikan penjelasan mengenai keputusan pendakwa raya memberhentikan prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Sebelum ini, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata, masyarakat harus mendapat penjelasan kerana keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan pasukan pendakwaan dan bukan keputusan pihak mahkamah.
Jelas beliau, apabila Pejabat Peguam Negara atau Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan untuk menggugurkan pertuduhan di bawah Perkara 145, ia adalah budi bicara mutlak Peguam Negara.
Menurut Mohamed Haniff, pandangan peribadi beliau berkait perkara ini tiada kaitan dengan Ahmad Zahid sebaliknya berkaitan sistem tadbir urus undang-undang jenayah yang di bawah seliaan kawalan dan tadbiran Pejabat Peguam Negara.
Topic Berkaitan
#pecah amanah
#Rasuah
#keputusan mahkamah
#Jabatan Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan