IPOH: Keputusan muktamad mengenai pelaksanaan ibadah haji tahun ini dijangka diketahui sekitar bulan Ramadan setelah mendapat maklum balas rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika dibenarkan pelaksanaan rukun Islam kelima itu, pemilihan jemaah Malaysia kelak dibuat berdasarkan senarai tahun lepas.
Menurut beliau, tambahan 10,000 kuota haji itu menjadikan jumlah jemaah Malaysia sebanyak 40,000, sekiranya ibadah itu dibuka semula.
"Sebarang keputusan bergantung kepada keadaan semasa pandemik COVID-19, kalau landai kesnya dan baik, Insya-Allah saya rasa tiada masalah.
“Biasanya kerajaan Arab Saudi akan beri pengumuman secara rasmi. Kita akan tunggu, yang saya yakin sekitar Ramadan ini mungkin dapatlah (keputusan), sebab itu waktu yang amat singkat untuk buat persediaan,” kata Zulkifli.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan sumbangan komputer riba kepada pelajar asnaf Universiti Teknologi Mara (UTM) di sini pada Khamis.
Yang turut hadir Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) UTM Kuala Lumpur, Prof Madya Ir Dr Pauziah Muhamad dan Pengarah Tabung Haji Negeri Perak, Mohamad Abas.
Dalam majlis itu, 218 orang pelajar UTM dari tiga negeri iaitu Johor, Perak dan Pahang menerima bantuan berjumlah RM 750,000 daripada Lembaga Tabung Haji.
Sumbangan itu merupakan inisiatif Tabung Haji di bawah Progam Iqra' yang mana UTM merupakan antara 14 universiti yang menerima bantuan.
Menurut Zulkifli, pengurusan Tabung Haji juga akan mengambil secara positif dan membuat persediaan mengikut kadar kemampuan.
“Tapi mereka (Tabung Haji) akan bersungguh-sungguh menyelesaikan jemaah untuk pergi ke Mekah, Insya-Allah jika diizin dan mendapat tawaran rasmi," kata beliau lagi.
Menjawab soalan jika sehingga kini terdapat bakal jemaah haji yang disenaraikan untuk mendapatkan vaksin, katanya perkara itu masih dalam perbincangan dan memerlukan surat kebenaran.
"Setakat ini terlalu awal untuk kita buat komentar melainkan dapat surat kebenaran dan pengesahan terakhir, ketika itu baru kita laksanakan," katanya.
BACA: Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji
Malaysia mendapat tambahan kuota rasmi sebanyak 10,000 lagi yang akan dilaksanakan selepas keadaan COVID-19 terkawal dan ibadah itu dibuka semula.
Tambahan kuota itu dipersetujui oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Raja Salman dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Al Yamamah baru-baru ini.
Aida Aziz
Thu Mar 11 2021
Jika dibenarkan pelaksanaan rukun Islam kelima itu, pemilihan jemaah Malaysia kelak dibuat berdasarkan senarai tahun lepas. - Gambar fail REUTERS
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.