awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2018 diumum 17 Januari

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2019
10:25 MYT
Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2018 diumum 17 Januari
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka disekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. - Gambar fail
Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan dikeluarkan pada hari Khamis,17Januari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2018 melalui mySMS 15888.
Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10.00 pagi, 17 Januari 2019 dan akan ditamatkan pada 6.00 petang 23 Januari 2019.
Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.
Seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2018 di 257 pusat peperiksaan.
Daripada jumlah itu,seramai 2,724 orang (27.0%) adalah calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,4,896 orang (48.6%) adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 851 orang (8.4%) adalah calon Sekolah Menengah Agama Rakyat,1,428 orang (14.2%) adalah calon persendirian manakala 57 orang (0.6%) adalah calon Sekolah Menengah Swasta yang berdaftar dengan KPM dan 122 orang (1.2%) adalah calon luar negara (Kemboja) yang berdaftar dengan KPM.
Topic Berkaitan
#calon
#Kementerian Pendidikan
#Malaysia
#pendidikan
#peperiksaan
#Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
#STAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan