KUALA LUMPUR: Lega, gembira dan bersyukur.
Itu antara pandangan dizahirkan beberapa individu susulan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.
Peniaga jam tangan, Choo Foo Kheen berkata dia akan menggunakan pengeluaran tersebut untuk melangsaikan segala hutang piutang tertunggak dan membina semula kehidupan selepas perniagaannya terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
“Saya rasa keputusan ini bagus kerana boleh membantu semasa pandemik COVID-19 ini. Ini boleh digunakan untuk membayar segala hutang dan membantu mereka yang terjejas dan susah,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000 - PM
BACA: Butiran terperinci pengeluaran khas KWSP dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
BACA: Ini pengeluaran khas terakhir - KWSP
Dalam pada itu seorang pekerja swasta, Sarah Datul Ifa Harif pula berpandangan, pengeluaran itu dilihat dapat meringankan bebanan yang ditanggung serta digunakan bagi melengkapkan keperluan harian.
“Pengeluaran KWSP ini bukanlah nak membeli benda-benda tidak berfaedah. Ini dapat digunakan untuk simpanan masa akan datang, melangsaikan hutang dan lengkapi keperluan yang sanagt penting sekarang,” katanya.
Ia turut diperakui Saparudin Jali yang berpandangan ramai golongan yang terhimpit bakal menerima manfaat dari pengeluaran ini nanti.
“Bagi pandangan saya pula, keputusan kerajaan ini baguslah kerana ramai orang terkesan COVID-19 sekarang ini.
“Jadi wajarlah RM10,000 ini, pengeluaran ini juga dapat membantu dalam perbelanjaan, membayar sewa rumah dan membuat persiapan anak-anak ke sekolah,” ujar Saparudin.
Sementara itu, jurutera perisian, A Varsha pula menganggap keputusan itu sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, apakah situasi yang akan berlaku seterusnya.
“Ini merupakan inisiatif yang amat baik lebih-lebih lagi kepada rakyat, untuk meningkatkan ekonomi mereka dan saya beranggapan negara lain perlu mengikuti jejak langkah ini,” katanya.
Bagi seorang pengurus sumber manusia, Saiful Azli Saiful Ridzwan pula dia berpandagangan pengeluaran tersebut dapat membantu perjalanan melancarkan kehidupan keluarga dan meringankan beban yang ditanggung terutamanya kepada golongan yang bergelar ibu bapa.
Terdahulu, Ismail Sabri berkata, kerajaan sedia maklum pengeluaran khas tersebut adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan berharap agar semua pencarum membuat pertimbangan sewajarnya demi masa depan lebih cerah.
Ehsan A Marisah
Wed Mar 16 2022

A Varsha (kiri) dan Choo Foo Kheen antara individu yang menzahirkan rasa syukur susulan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000. - Foto Astro AWANI

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia. MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

COVID19 | Tiada jangkitan varian Omicron CH.1.1 dikesan di China
Tiada jangkitan COVID-19 tempatan dikaitkan dengan varian Omicron CH.1.1 dan sub variannya ditemui di tanah besar China setakat ini, Pengesahan dibuat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC).

Krisis Teluk | Angelina Jolie lawat kubur mangsa pembunuhan Daish
Bintang Hollywood Angelina bertemu keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai militan Daish di Kampung Kocho, wilayah Sinjar, Iraq. Bekas Duta Khas untuk Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) itu ditemani pemenang hadiah Nobel, Nadia Murad.

Wang caruman KWSP boleh dijadikan cagaran kepada bank - Pakar
KWSP boleh menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi meyakinkan pihak institusi perbankan untuk membantu pencarum yang menghadapi masalah kewangan.

Tiga alternatif selain pengeluaran KWSP
Pengeluaran KWSP walaupun bersasar tetap berisiko untuk menjejaskan masa depan bakal pesara.

Pengeluaran KWSP: Kerajaan pertimbang masa depan pencarum sebelum beri kebenaran - PM
Terdapat pencarum yang mempunyai simpanan terlalu rendah di KWSP, risiko berhadapan pelbagai kesukaran pada masa depan.

KWSP buka semula cawangan Jerteh, Kuala Krai selepas banjir surut
Kedua-dua cawangan berkenaan terpaksa ditutup untuk sementara waktu semalam berikutan banjir.

Banjir: Beberapa cawangan KWSP di Terengganu, Kelantan ditutup
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara cawangannya di Jerteh, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan, bermula semalam.

Sistem perkhidmatan KWSP pulih sepenuhnya, data ahli tidak terjejas
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memulihkan sistemnya kepada perkhidmatan penuh selepas mengalami gangguan sementara pada semua salurannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.

KWSP catat pendapatan pelaburan kasar RM39.31 bilion bagi sembilan bulan pertama 2022
Jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku ketiga berakhir 30 September 2022 pula mencecah RM12.32 bilion.

PRU15: Kalau PN menang, kita teliti KWSP bersasar - Muhyiddin
Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pengeluaran bersasar itu harus dinilai terlebih dahulu terutama dalam aspek jumlah baki simpanan pencarum.

Pendapatan pelaburan KWSP merosot 21 peratus kepada RM27 bilion
Jangkaan pertumbuhan global telah lari daripada sasaran, yang menyebabkan tercetus jualan berterusan di pasaran dunia.

Polisi holistik perlu dilaksanakan untuk berdepan masyarakat menua - Pakar Ekonomi
Skim-skim perlindungan sosial atau pencen yang sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan mereka yang pencen tidak berdepan masalah.