Proses pengiraan dan penjumlahan undi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) masih berlangsung, dan keputusan rasmi dijangka diumum pada bila-bila masa daripada sekarang.

Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi PRN-11 ditutup tetap pada jam 5 petang tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata jumlah peratusan keluar mengundi tepat belum dapat diumumkan kerana SPR masih mengumpul maklumat setiap pusat itu.

IKUTI LAPOR LANGSUNG PRN-11 DI SINI


Katanya, maklumat tepat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Lebih 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-11.