awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan sambung semula penerbangan Ipoh-Langkawi, bergantung kepada AirAsia - Exco Perak

Bernama
Bernama
01/01/2024
10:56 MYT
Keputusan sambung semula penerbangan Ipoh-Langkawi, bergantung kepada AirAsia - Exco Perak
Loh berkata berdasarkan laporan diterima terdapat beberapa perkara terperinci perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung semula operasi tersebut. - Gambar Bernama
IPOH: Keputusan menyambung semula laluan bagi penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini yang digantung buat sementara waktu, terletak sepenuhnya kepada syarikat penerbangan AirAsia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Loh Sze Yee berkata berdasarkan laporan diterima terdapat beberapa perkara terperinci perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung semula operasi tersebut.
"Ada banyak faktor antaranya permintaan, harga tiket, stok kapal terbang yang ada, faktor masa dan laluan serta sebagainya. Jadi, (penjelasan selanjutnya) perlu merujuk kepada syarikat penerbangan tersebut untuk membuat pengumuman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis sambutan penerbangan pertama ketibaan kira-kira 300 pelancong ke Ipoh sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 di LTSAS, hari ini.
Pada 25 Sept lepas, Loh berkata laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, sebaliknya hanya digantung untuk sementara waktu.
Loh berkata pihaknya telah merujuk isu berkenaan itu kepada syarikat penerbangan AirAsia dan pihak LTSAS bagi mendapatkan penjelasan, bagaimanapun pengoperasian semula laluan penerbangan itu masih belum dikenal pasti dan memerlukan kajian daripada pihak berkaitan.
Sementara itu, Loh berkata kerajaan negeri masih menunggu keputusan kerajaan Persekutuan untuk menjadikan LTSAS di sini sebagai hab penerbangan serantau.
"Cadangan (LTSAS sebagai hab penerbangan serantau) dalam membantu menyelesaikan masalah lapangan terbang lain yang menghampiri kapasiti sebagai contoh lapangan terbang yang berhampiran itu boleh fokus kepada penerbangan ke Amerika Syarikat, Timur Tengah atau Eropah," katanya.
Pada 22 Nov lepas, Loh berkata Perak bercadang menjadikan LTSAS Ipoh di sini sebagai hab penerbangan serantau kerana landasan lapangan terbang tersebut hanya sesuai untuk pesawat jenis Airbus 320 yang penerbangannya hanya mengambil masa antara tiga ke lima jam.
Loh berkata pihaknya telah mencadangkan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd bagi pelaksanaan hab penerbangan serantau yang akan memfokuskan kepada penerbangan di ASEAN sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTSAS
#AirAsia
#hab penerbangan serantau
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan