IPOH: Keputusan menyambung semula laluan bagi penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini yang digantung buat sementara waktu, terletak sepenuhnya kepada syarikat penerbangan AirAsia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Loh Sze Yee berkata berdasarkan laporan diterima terdapat beberapa perkara terperinci perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung semula operasi tersebut.
"Ada banyak faktor antaranya permintaan, harga tiket, stok kapal terbang yang ada, faktor masa dan laluan serta sebagainya. Jadi, (penjelasan selanjutnya) perlu merujuk kepada syarikat penerbangan tersebut untuk membuat pengumuman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis sambutan penerbangan pertama ketibaan kira-kira 300 pelancong ke Ipoh sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 di LTSAS, hari ini.
Pada 25 Sept lepas, Loh berkata laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, sebaliknya hanya digantung untuk sementara waktu.
Loh berkata pihaknya telah merujuk isu berkenaan itu kepada syarikat penerbangan AirAsia dan pihak LTSAS bagi mendapatkan penjelasan, bagaimanapun pengoperasian semula laluan penerbangan itu masih belum dikenal pasti dan memerlukan kajian daripada pihak berkaitan.
Sementara itu, Loh berkata kerajaan negeri masih menunggu keputusan kerajaan Persekutuan untuk menjadikan LTSAS di sini sebagai hab penerbangan serantau.
"Cadangan (LTSAS sebagai hab penerbangan serantau) dalam membantu menyelesaikan masalah lapangan terbang lain yang menghampiri kapasiti sebagai contoh lapangan terbang yang berhampiran itu boleh fokus kepada penerbangan ke Amerika Syarikat, Timur Tengah atau Eropah," katanya.
Pada 22 Nov lepas, Loh berkata Perak bercadang menjadikan LTSAS Ipoh di sini sebagai hab penerbangan serantau kerana landasan lapangan terbang tersebut hanya sesuai untuk pesawat jenis Airbus 320 yang penerbangannya hanya mengambil masa antara tiga ke lima jam.
Loh berkata pihaknya telah mencadangkan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd bagi pelaksanaan hab penerbangan serantau yang akan memfokuskan kepada penerbangan di ASEAN sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Loh berkata berdasarkan laporan diterima terdapat beberapa perkara terperinci perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung semula operasi tersebut. - Gambar Bernama
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Keputusan sambung semula penerbangan Ipoh-Langkawi, bergantung kepada AirAsia - Exco Perak
Keputusan menyambung semula laluan bagi penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang digantung buat sementara waktu, terletak sepenuhnya kepada AirAsia.
Guna helikopter ambil 36 bungkus 'nasi ganja': Polis siasat surat kebenaran rentas negeri
Polis akan menjalankan siasatan samada mereka yang mengambil tempahan nasi ganja di sini menggunakan helikopter mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.
Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS
Pengarah MAQIS Perak berkata, produk-produk itu cuba dibawa masuk oleh penumpang-penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAQIS.
Dua penerbangan di LTSAS dibatalkan akibat jerebu
Penerbangan yang dibatalkan melibatkan empat pergerakan bagi laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru daripada syarikat AirAsia.
Enam penerbangan pagi di LTSAS batal akibat jerebu
Penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dari AirAsia serta laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari FlyScoot.
Dua penerbangan petang Sabtu di LTSAS batal akibat jerebu
Penerbangan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Malindo Air dan laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.
AirAsia mula penerbangan Ipoh-Singapura Disember ini
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd akan memulakan penerbangan dari Ipoh-Singapura-Ipoh mulai 2 Dis ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri,Tan Kar Hin
Perak komited bina lapangan terbang baharu
Kerajaan negeri Perak tetap akan meneruskan hasrat membina lapangan terbang baharu bertaraf antarabangsa sebagai antara usaha untuk menarik kehadiran pelancong asing.
Malindo Air nyata hasrat terbang ke Ipoh - Zambry
Katanya syarikat penerbangan itu juga akan melakukan penerbangan dari Ipoh ke beberapa destinasi lain.