awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tangguh umrah untuk jaga nyawa rakyat - Perdana Menteri

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2022
12:30 MYT
Keputusan tangguh umrah untuk jaga nyawa rakyat - Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri akan mendapatkan laporan terperinci berkaitan keputusan menangguhkan ibadah umrah yang akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Mesyuarat Khas Kabinet esok.
SEGAMAT: Keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu adalah untuk menjaga nyawa rakyat, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, beliau akan mendapatkan laporan terperinci berkaitan keputusan KKM itu yang akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Mesyuarat Khas Kabinet esok.
Katanya, KKM turut mengusulkan perbincangan mengenai isu berkenaan COVID-19 terutama berkaitan risiko penularan varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah pada Mesyuarat Khas Kabinet itu.
"Esok kita ada Mesyuarat Khas Kabinet yang pertama membincangkan mengenai isu banjir, pasca banjir dan persediaan menghadapi gelombang kedua... cuma saya hendak maklumkan keputusan dibuat KKM lebih kepada menjaga nyawa, bagaimanapun, esok lah kita dapatkan laporan yang terperinci," jelas Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong di sini, hari ini.
Sabtu lalu, kerajaan membuat keputusan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini berikutan penularan jangkitan varian Omicron.
Keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan bakal jemaah yang sudah menempah tiket penerbangan ke Tanah Suci selain operator pelancongan yang menguruskan ibadah umrah.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Khas Kabinet esok juga akan turut menyentuh isu pasca banjir dan persediaan untuk menghadapi gelombang kedua bencana itu sekiranya berlaku.
Topic Berkaitan
#tangguh umrah
#nyawa rakyat
#varian omicron
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan