TANGKAK: Keputusan berkenaan penutupan sekolah berikutan kes COVID-19 adalah berdasarkan penilaian bersama Pejabat Kesihatan Daerah bersama Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata penilaian itu mengambil kira antaranya bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) setelah disahkan positif COVID-19.
"Bagaimanapun, jika melibatkan anak murid tetapi kakitangan sekolah tidak terlibat, kita boleh buka sekolah tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin Vaksinasi COVID-19 'Lindung Diri, Lindung Semua' Peringkat Daerah Tangkak, di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jika ada sekolah lain yang dicadangkan Kementerian Kesihatan supaya ditutup berikutan peningkatan kes COVID-19 di sekolah-sekolah berkenaan.
Ini susulan arahan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan agar semua sekolah dan institusi pendidikan di tujuh jajahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri itu ditutup bermula hari ini hingga 24 April depan.
Sementara itu, Dr Adham berkata seramai 9,916 penduduk berumur 75 tahun ke atas dijadualkan menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula esok.
Mereka akan menerima suntikan itu di 30 pusat pemberian vaksin di seluruh negara, iaitu masing-masing lima di Kedah, Pahang dan Pulau Pinang, empat di Sabah, masing-masing tiga di Terengganu dan Melaka, dua di Negeri Sembilan dan masing-masing satu di Perlis, Sarawak dan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 18 2021
Penilaian itu mengambil kira antaranya bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin setelah disahkan positif COVID-19. - Gambar fail/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Sekolah di selatan India ditutup akibat hujan lebat
Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu.
Tangguh dahulu pembukaan sekolah sehingga kes positif COVID-19 menurun - Ibu bapa
Pengumuman pembukaan sekolah secara berperingkat bermula awal Oktober depan mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa di Sandakan, Sabah.
Penutupan sekolah: Sewa kantin dikecualikan hingga hujung tahun - KPM
Penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis di sekolah secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.
COVID-19: 20 sekolah di P. Pinang, 6 di N. Sembilan ditutup dua hari
Sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang dan enam di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat.
Analisis: Apakah penutupan semua sekolah keputusan terbaik?
Berdasarkan respons yang kami terima, majoriti ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah ketika ini kerana bimbang dijangkiti wabak berkenaan, kata Presiden PIBGN.
Keputusan tutup sekolah penilaian bersama PKD, KPM, kerajaan negeri
Penilaian itu mengambil kira antaranya bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau HSO.
COVID-19: Kerajaan tutup semua sekolah kerana terdapat peningkatan kes - Kementerian
Analisis data terhadap kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah, menunjukkan ia semakin meningkat semasa gelombang ketiga pandemik COVID-19.
Penutupan sekolah: Motivasi murid perlu dititikberatkan
Guru dan ibu bapa perlu bersama-sama memberikan motivasi kepada murid bagi memastikan mereka bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di rumah selepas pengumuman penutupan sekolah.
Institusi pendidikan di Dungun, Kerian, Port Dickson diarah tutup bermula Sabtu
Penutupan itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga mukim di daerah terbabit.
COVID-19: Semua sekolah di Seremban ditutup sehingga 9 November
Arahan tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di daerah berkenaan.