GUA MUSANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan kesihatan pelajar.
"Tindakan susulan sedang diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri bersama Kementerian Kesihatan untuk menyiasat punca keracunan makanan," katanya selepas Majlis Peluncuran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text di bawah Program Literasi untuk Murid Orang Asli dan Peribumi di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di sini hari ini.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan sebanyak 75 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami keracunan makanan dan telah menerima rawatan, bagaimanapun tiada kes kemasukan wad dilaporkan.
Beliau berkata kes pertama dikesan pada 20 April dan kes terakhir semalam, dipercayai berpunca daripada menu ayam yang dihidangkan kepada mereka.
Sementara itu, seorang ibu kepada pelajar berkenaan yang enggan dikenali berharap pihak sekolah lebih teliti dalam menyediakan makanan kepada pelajar untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, sekali gus menjejaskan kesihatan pelajar.
"Anak saya baru pulang daripada kem yang diadakan di sekolah berkenaan selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu lepas kira-kira 6.30 petang itu dan mula menunjukkan tanda-tanda keracunan makanan iaitu pening kepala, loya, muntah selain mengalami cirit-birit," katanya.
Menurutnya, menu terakhir yang dimakan oleh pelajar yang menyertai kem kepimpinan berkenaan ialah nasi putih bersama gulai dan ayam goreng yang didapati telah berbau busuk.
"Saya berharap pihak sekolah terutamanya kantin lebih teliti dalam menyediakan makanan kepada pelajar memandangkan kejadian ini dipercayai bukan yang pertama berlaku membabitkan keracunan makanan kepada pelajar di sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Fadhlina berkata kementerian memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan kesihatan pelajar. - Gambar fail
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
AWANI Ringkas: DBKL sedia garis panduan pokok berusia dan berisiko tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel teruskan operasi ketenteraan di Rafah
Seorang pegawai kanan Israel berkata bahawa pusingan terbaharu rundingan di Kaherah untuk menghentikan permusuhan di Gaza telah berakhir dan Israel akan meneruskan operasinya di Rafah dan bahagian lain di Semenanjung Gaza seperti yang dirancang.
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
SeramaiĀ 39,362 pengundiĀ akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok
Kelantan akan selaras kenaikan gaji penjawat awam negeri - MB
Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.
Pembinaan terminal baharu LTSIP fasa dua dilaksanakan serta-merta - Nik Nazmi
Pembinaan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa dua akan dilaksanakan serta-merta, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
2 lelaki Myanmar ditahan terlibat sindiket pemalsuan slip kad UNHCR
JIM Kelantan menahan dua lelaki warga Myanmar disyaki terlibat sindiket mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.