Kerajaan akan membantu untuk mengembalikan semula hak penjagaan anak untuk pasangan Azizul Raheem Awaludin dan Shalwati Norshal yang sudah selesai menjalani hukuman penjara masing-masing di Sweden.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementeriannya dan jabatan yang berkaitan akan bekerjasama dengan kerajaan Sweden sepenuhnya berhubung perkara tersebut.
Buat masa ini, keempat-empat anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 15; Ammar, 13; Adam, 12; dan Arif ,8; berada dalam jagaan ibu saudara mereka di Kota Baharu, Kelantan.
"Sehingga kini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar sebanyak 23 laporan kepada kerajaan Sweden sejak pasangan itu ditahan pada 29 Mac tahun ini.
"Kita masih mengikuti perkembangan keluarga itu untuk diberikan laporan kepada kerajaan Sweden sehinggalah mereka berpuas hati," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2014 di sini, hari ini.
Rohani berkata jika kerajaan Sweden berpuas hati dengan laporan yang JKM berikan sekali setiap sebulan itu, hak penjagaan semula anak-anak itu akan dikembalikan kepada ibu bapa mereka.
Katanya hak penjagaan itu hanya akan dikembalikan selepas anak pasangan terbabit berumur 18 tahun atau lebih cepat, dengan persetujuan kerajaan Sweden.
Semalam, Shalwati, 46, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang selepas dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi, Sweden, pada Isnin.
Pada 29 Mac, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap suaminya yang ketika itu Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm selepas didapati bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak mereka.
Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan dan kedua-dua mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman yang telah ditetapkan.
Azizul Raheem, 38, dibebaskan pada 9 Julai lepas.
Sementara itu, Rohani berharap bajet yang akan dibentangkan pada 10 Okt ini akan menawarkan kemudahan yang terbaik untuk masyarakat.
Beliau berkata pihaknya meminta dana sebanyak RM100 juta khusus untuk membantu wanita yang tidak boleh atau layak membuat pinjaman di bank supaya dapat diberikan bantuan melalui dana itu nanti.
"Kita tidak mahu wanita yang tersebut membuat keputusan untuk mencari jalan mudah dengan meminjam daripada 'Along' (peminjam wang tanpa lesen) atau membuat kerja sosial yang tidak baik bagi mendapatkan wang dengan mudah.
"Pastinya nanti masalah akan timbul jika mereka tidak dapat membayar kembali wang tersebut dengan jangka waktu yang ditetapkan oleh 'Along' atau mereka nanti terjebak dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.
Bernama
Thu Oct 02 2014
ROHANI: Kerajaan akan bantu Shalwati dapatkan kembali hak jagaan anak - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?