awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan perkemas pelaksanaan projek RMK13, elak kelewatan

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2024
11:31 MYT
Kerajaan akan perkemas pelaksanaan projek RMK13, elak kelewatan
Kata Rafizi, bagi menangani isu ini, kerajaan akan memperkenalkan syarat baharu mewajibkan semakan dengan bank tanah Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri sebelum permohonan projek baharu dibuat. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek ‘sakit’ di Sabah.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek sakit di Sabah.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata masalah utama yang menyumbang kepada kelewatan ini sering berpunca daripada isu berkaitan tanah, seperti projek yang diluluskan sebelum isu pemilikan tanah diselesaikan sepenuhnya.
  • Kerajaan akan memperkenalkan syarat baharu yang mewajibkan semakan dengan bank tanah Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri sebelum permohonan projek baharu dibuat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, masalah utama yang menyumbang kepada kelewatan ini sering berpunca daripada isu berkaitan tanah, seperti projek yang diluluskan sebelum isu pemilikan tanah diselesaikan sepenuhnya.
‘’Maksudnya daripada peringkat perancangan dan di peringkat saringan, kita akan menambah baik proses yang sedia ada bagi tujuan untuk memastikan masalah-masalah yang menyebabkan projek-projek lambat ataupun sakit itu dapat dikurangkan.
‘’Sebagai contoh, sebahagian daripada projek-projek yang sakit ini selalunya berpunca daripada masalah tanah.
‘’(Ini) kerana masa kementerian atau agensi ataupun kerajaan negeri memohon untuk mendapat kelulusan melaksanakan sesuatu projek dan peruntukkan, tanah itu tidak selesai lagi.
‘’Dia kata kita nak buat sekolah contohnya, tapi tanah itu tidak ada lagi, jadi kami pun luluskanlah untuk buat sekolah,’’ katanya.
Rafizi berkata demikian selepas Sesi Libat Urus RMK13 Negeri Sabah Peringkat Persekutuan bersama Kementerian Ekonomi pada Khamis.
Tambahnya, bagi menangani isu ini, kerajaan akan memperkenalkan syarat baharu yang mewajibkan semakan dengan bank tanah Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri sebelum permohonan projek baharu dibuat.
Beliau turut menegaskan, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting untuk memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan efisien.
Topic Berkaitan
#RMK13
#Rafizi Ramli
#pelaksanaan RMK13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan