awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan terus perkasa pengurusan air negara - PM Anwar

Bernama
Bernama
31/10/2023
13:44 MYT
Kerajaan akan terus perkasa pengurusan air negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara yang akan dimuktamadkan selepas sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri dilaksanakan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara yang akan dimuktamadkan selepas sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri dilaksanakan.
"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) sebagai platform penting di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang bertanggungjawab menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan air negara," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Bagi mengurangkan risiko bencana berkaitan dengan kegagalan empangan yang memberi ancaman kepada rakyat Anwar berkata, Pusat Teknikal Empangan dan Infrastruktur Air (PTE) akan diselaraskan dengan menempatkan pegawai-pegawai yang berpengalaman merentas kepakaran untuk melaksanakan pengawasan dan pemeriksaan daripada aspek keselamatan dan teknikal empangan secara berpusat.
Menurut Anwar kerajaan juga mengambil perhatian serius terhadap isu pencemaran air dan beliau telah mengarahkan semua jabatan / agensi di peringkat Persekutuan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama kerajaan negeri berdasarkan Laporan Status Kualiti Air Sungai Negara.
"Saya singgung akan keperluan kita untuk mengimbangi ketersediaan serta keperluan air negara dengan menguruskan sumber air dengan lebih efektif berdasarkan prinsip tatakelola yang terbaik supaya ia boleh digunakan secara optimum bagi memenuhi keperluan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurusan air negara
#Dasar Air Negara
#Mesyuarat Majlis Air Negara
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan