Kerajaan akan terus meneroka pelbagai pilihan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara termasuk mempelbagaikan sumber hasil kerajaan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, keutamaan dan fokus pada masa ini adalah untuk melindungi rakyat dan menyokong perniagaan agar ekonomi negara dapat diperkukuh dan dipulihkan.
Tengku Zafrul berkata, defisit fiskal negara dijangka meningkat antara 5.8 peratus sehingga 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini berbanding 3.2 peratus KDNK yang diunjurkan sebelumnya.
Ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia pada purata AS$41 setong antara Januari dan Jun tahun ini berbanding purata AS$61 setong yang digunakan pada Belanjawan 2020, katanya.
"Bagi setiap penurunan harga minyak sebanyak AS$1 setong, ia akan mempunyai impak sebanyak RM300 juta kepada Kerajaan Persekutuan.
"Oleh itu, defisit Kerajaan Persekutuan akan naik," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tengku Zafrul berkata, semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi bernilai RM295 bilion sebelum ini adalah bersifat 'one-off' dan tidak akan terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka sederhana dan panjang.
Pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi ini hanya melibatkan suntikan langsung fiskal berjumlah RM45 bilion.
"Ini adalah antara strategi kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dalam jangka sederhana secara berperingkat dan seterusnya memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara kekal pada paras terkawal," katanya.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan pernah menurunkan kadar defisit sebelum ini kepada 3.8 peratus pada 2013 dan 3.4 peratus pada akhir 2019 daripada 6.7 peratus pada 2009 selepas krisis ekonomi dunia.
"Pada masa ini, kerajaan menggunapakai Kerangka Fiskal Jangka Sederhana sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal untuk jangka sederhana (tiga hingga lima tahun) di samping selari dengan Rancangan Malaysia jangka panjang.
"Selain itu, kerajaan juga dalam proses merangka Akta Kebertanggungjawaban Fiskal untuk memastikan pengurusan fiskal dan hutang yang lebih baik dan telus. Oleh itu, kerajaan yakin defisit fiskal akan dapat diturunkan secara berperingkat dalam jangka masa sederhana," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Bagi setiap penurunan harga minyak sebanyak AS$1 setong, ia akan mempunyai impak sebanyak RM300 juta kepada Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Kewangan. - Gambar hiasan
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Kerajaan akan tingkatkan pendapatan negara, kata Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus meneroka pelbagai pilihan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara termasuk mempelbagaikan sumber hasil kerajaan.