KOTA BHARU: Kerajaan akan mewujudkan pelbagai medium untuk memudahkan masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan situasi inflasi ketika ini termasuk kenaikan harga barangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata, pihaknya kini sedang meneliti kaedah komunikasi yang lebih berkesan untuk tindakan itu sama ada mewujudkan laman web, talian pengaduan, rangkaian penguatkuasaan atau sebagainya.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya telah menerima pengesyoran untuk memudahkan 1,800 anggota komuniti Keluarga Malaysia dapat menyemak suasana kenaikan harga di peringkat akar umbi di seluruh negara.
"Semasa tinjauan saya di beberapa pasar, saya dapati ada beberapa pembeli telah menyuarakan pandangan mereka mengenai kekurangan maklumat mengenai harga semasa barangan seperti ayam.
"Kita akan berbincang untuk mewujudkan beberapa medium seperti laman web, 'hotline' (talian penting) dalam mesyuarat jawatankuasa yang akan datang supaya orang ramai boleh melihat perkara yang dilakukan kerajaan selain dapat mengutarakan pandangan mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barangan makanan di Pasar Besar Siti Khadijah di sini hari ini.
Annuar berkata, tindakan kerajaan untuk melakukan intervensi dengan memberikan subsidi dan menetapkan harga siling terhadap ayam mentah memberi kesan yang sangat baik.
Menurut Annuar, beliau mendapati hasil bekalan ayam mentah adalah mencukupi selain rata-rata peniaga mengikut harga siling ditetapkan sekali gus situasi seakan kembali seperti sediakala.
"Kita harap situasi ini berkekalan sementara kita akan tambah baik lagi. Bagaimanapun, kerajaan akan meneliti secara terperinci terutama membabitkan industri bekalan ayam untuk memastikan bekalan ayam mentah sentiasa mencukupi berdasarkan permintaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, pihaknya mengesan berlaku penyelewangan bekalan minyak masak bersubsidi sehingga ada yang menjual secara dalam talian.
"Kita tahu minyak bersubsidi kini kurang bekalan di pasaran. Malah, tiga hari lepas kita mengesan minyak ini dijual secara dalam talian termasuk platform jualan dalam talian dan sebagainya.
"Bagi minyak masak bukan bersubsidi pula, harga jualannya bebas dalam pasaran memandangkan ia bergantung kepada harga sawit dunia. Kerajaan tidak boleh buat intervensi itu sebab orang ramai ada pilihan untuk memilih minyak murah (minyak bersubisidi)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

Tan Sri Annuar Musa (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peniaga ketika mengadakan tinjauan harga barang makanan di Pasar Besar Siti Khadijah hari ini. - Gambar BERNAMA

10 Berita Pilihan - (16 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

CEO Pfizer disah positif COVID-19
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc. Albert Bourla mendedahkan beliau disahkan positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan menggunakan ubat antiviral Paxlovid dihasilkan syarikatnya.

Pekerja kontrak maut dihempap dinding runtuh
Pekerja kontrak maut akibat dihempap dinding batu ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang kelapa sawit di Springhill Port Dickson, petang Selasa.

Isteri Presiden AS, Jill Biden positif COVID-19
Jill Biden disahkan positif ketika sedang bercuti bersama keluarganya di South Carolina, AS.

Stadium Nasional Bukit Jalil venue final Piala FA JDT vs TFC
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue pilihan bagi perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 10 Sept ini.

Dera: Polis tahan pengasuh sebabkan kematian anak saudara
Seorang wanita warga tempatan ditahan polis hari ini kerana disyaki mendera dan menyebabkan kematian anak saudara lelakinya berusia tiga tahun dalam kejadian di Kepong di sin, semalam.

JHEAIPP sahkan kedai nasi ayam di Sungai Ara tiada sijil halal
Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus Sungai Triang
Seorang remaja lelaki 15 tahun dan rakannya berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus di Sungai Triang berhampiran Kampung Kerayong di sini, hari ini.

Permohonan pengambilan pekerja asing tidak dibeku lagi bermula Jumaat
Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi beri kesan positif - Mustapa
Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dilihat memberi kesan positif terutamanya membabitkan penurunan harga barangan kawalan di pasaran.

B40, M40 gemar bantuan tunai, pilih kedai satelit - Kajian
Sebanyak 58.2 peratus isi rumah yang terkesan akibat peningkatan harga pada masa ini memilih bantuan tunai.

Keluar wang KWSP, satu pertiga miskin bandar di PPR tiada caruman baharu - Kajian
Kajian itu turut mendapati 57.9 peratus responden telah mengeluarkan KWSP sebelum mencapai had umur pengeluaran mereka.

45% rakyat Malaysia sekadar 'cukup makan' - IPSOS
Rakyat Malaysia tidak terasing daripada terkena tempias inflasi yang kini melanda serata dunia dengan 45 peratus rakyat negara ini mengakui situasi kewangan mereka sekadar cukup makan.

Perhimpunan #Turun: 30 individu dirakam keterangan pada Isnin dan Selasa
Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Bantahan harga barang: Polis buka kertas siasatan, 30 individu dikenal pasti
Polis membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan membantah kenaikan harga barang yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.

Bantahan harga barang: 'Kami tuntut gaji Menteri dan Duta Khas dipotong' - Peserta
Perhimpunan membantah kenaikan harga barang yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara mengemukakan lima tuntutan oleh Gerakan Mahasiswa.

Mahasiswa, wakil parti politik berhimpun bantah kenaikan harga barang
Sekitar 250 mahasiswa dan wakil parti politik menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga barang di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara pada Sabtu.

Diskusi persediaan hadapi kemelesetan ekonomi dalam Dialog Tiga Penjuru malam ini
Jangan terlepas perbincangan malam ini dalam Dialog Tiga Penjuru, jam 8.30 malam.

Masyarakat diseru tidak sertai 'flashmob' bantah kenaikan harga barang - KPN
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti flashmob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.