awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan wujudkan SOP perkahwinan bawah umur

Bernama
Bernama
03/07/2018
12:56 MYT
Kerajaan akan wujudkan SOP perkahwinan bawah umur
RODZIAH: Di bawah SOP ini, kedua-dua lelaki dan wanita mesti menjalani ujian atau pemeriksaan yang merangkumi kesihatan dan pendidikan. - Gambar hiasan
Kerajaan akan mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi perkahwinan di bawah umur, kata Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rodziah Ismail.
Beliau berkata, perkahwinan di bawah umur 18 tahun tidak lagi akan hanya tertakluk kepada persetujuan mahkamah, ketua menteri atau menteri, tetapi menerusi SOP yang akan memasukkan beberapa prosedur dan ujian yang akan dihadapi pasangan terbabit.
"Kedua-dua lelaki dan wanita mesti menjalani ujian atau pemeriksaan yang merangkumi kesihatan dan pendidikan untuk membolehkan keluarga itu menjalani kehidupan biasa," katanya.
Rodziah berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kementerian ke atas Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama selain Islam negeri, Chong Eng di sini, hari ini.
Rodziah mengulas mengenai perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun warga Thailand dengan seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun yang tular di media sosial ketika ini.
BACA: Nikah budak 11 tahun: Pasangan diminta hadir di mahkamah
Tambahnya lagi, SOP itu akan disahkan oleh kementerian dalam tempoh dua minggu lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bawah umur
#kahwin
#kanak-kanak 11 tahun
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan