awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bakal luncur tiga dasar negara, depani cabaran dunia

Bernama
Bernama
05/06/2023
04:39 MYT
Kerajaan bakal luncur tiga dasar negara, depani cabaran dunia
Anwar berkata dasar itu merangkumi Pelan Perindustrian Negara, Kajian Separuh Penggal RMK12, dan Belanjawan MADANI kedua. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal meluncurkan beberapa dasar negara yang lebih kental dan ampuh bagi mendepani cabaran dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata dasar itu merangkumi Pelan Perindustrian Negara yang akan dilancarkan pada Ogos ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada akhir September dan Belanjawan MADANI kedua pada Oktober.
Perdana Menteri berkata dasar negara berkenaan amat dituntut, bagi mendepani dunia yang masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan; kerancakan perdagangan ekonomi sejagat kian terbantut dan krisis iklim serta persekitaran berada di tahap genting.
"Dalam semua kerangka besar yang bakal diluncurkan, akan menjadikan landasan tatakelola yang baik, telus dan bertanggungjawab," katanya ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara 2023 di sini hari ini.
Istiadat berkenaan berlangsung bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#tiga dasar negara
#Pelan Perindustrian Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan