awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bayar RM200 juta faedah hutang ECRL - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
03/03/2019
09:10 MYT
Kerajaan bayar RM200 juta faedah hutang ECRL - Dr Mahathir
DR MAHATHIR: Dalam enam bulan ini, untuk faedah sahaja, kita terpaksa bayar RM200 juta atas hutang RM55 bilion yang dibuat kerajaan terdahulu. -Gambar fail
Kerajaan telah menjelaskan bayaran faedah sebanyak RM200 juta kepada kontraktor utama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata bayaran faedah terhadap hutang berjumlah RM55 bilion itu dibuat kepada China Communications Construction Company (CCCC), selaku kontraktor utama ECRL.
"Dalam enam bulan ini, untuk faedah sahaja, kita terpaksa bayar RM200 juta atas hutang RM55 bilion yang dibuat kerajaan terdahulu.
"Duit ini sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat tetapi terpaksa digunakan untuk membayar hutang yang ditinggalkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Landskap Negara di Taman Botani di sini pada Ahad.
Projek ECRL adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo sepanjang 688 kilometer yang dilancarkan pada Ogos 2017 dan dijadualkan siap pada 2024, kini dikaji semula kerajaan Pakatan Harapan dengan rundingan di antara Malaysia dan China masih dijalankan.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata perbincangan pihaknya dengan kontraktor terbabit juga mendapati projek itu boleh dilaksanakan dengan kos RM35 bilion, jauh lebih rendah berbanding harga RM55 bilion yang dipersetujui kerajaan dahulu.
"Dia boleh buat dengan kos RM35 bilion sahaja tetapi kenapa kontrak sehingga RM55 bilion, mungkin kerana mahu 'curi duit' itu," katanya.
Topic Berkaitan
#bayaran faedah
#CCCC
#China Communications Construction Company
#ECRL
#kontraktor utama ECRL
#Mahathir Mohamad
#Pantai Timur
#Perdana Menteri
#Projek Laluan Rel Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan