awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke

Bernama
Bernama
23/02/2024
09:33 MYT
Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke
Loke (foto) berkata syarikat penerbangan akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan pada dasarnya bersetuju membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon mereka.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat penerbangan tertentu akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka.
"Sudah tentu Malaysia juga akan mengambil langkah-langkah tertentu, namun ia tidak diwajibkan untuk semua syarikat penerbangan," kata Loke kepada pemberita selepas program 'Sua Kasih MADANI' kementerian di sini hari ini.
Beliau mengulas sama ada Malaysia akan mengikut langkah Singapura yang mengenakan levi bahan api hijau ke atas penerbangan mulai 2026.
Setakat ini syarikat penerbangan di negara ini digalak menerapkan penggunaan SAF, namun ia melibatkan kos tertentu.
"Beberapa syarikat penerbangan telah menghubungi kementerian untuk meminta kebenaran membuat pindaan tertentu bagi levi karbon, tetapi itu tidak wajib bagi syarikat penerbangan," katanya.
Loke berkata syarikat penerbangan belum mengenakan levi kerana akan ada pindaan tertentu yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Tatakelakuan) 2018 oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
"Kos yang minimum mungkin dikenakan. Pertamanya kerana objektif kami adalah untuk tidak membebankan pengguna, tetapi kita mempunyai kewajipan bahawa setiap negara harus mematuhi pengurangan karbon ini," katanya.
Loke berkata mengenakan terlalu banyak levi akan 'membunuh' industri dan tidak menggalakkan dari segi ekonomi dan orang ramai daripada menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan.
"Oleh itu kami perlu mengambil pendekatan yang seimbang antara kewajipan dan pengguna serta beban yang perlu ditanggung syarikat penerbangan untuk mengurangkan pelepasan karbon. Walaupun ada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, ia mestilah sangat minimum," katanya.
Loke berkata walaupun kementerian membenarkan syarikat penerbangan menggunakan pendekatan berbeza untuk menampung pelepasan karbon selain levi karbon, beliau menekankan langkah lain perlu diambil seperti mengoptimumkan kecekapan operasi syarikat penerbangan dan pengurusan trafik udara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#penerbangan Malaysia
#mavcom
#pelepasan karbon
#bayaran tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan