awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2023
07:03 MYT
Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Hasbi berkata, pada masa ini, terdapat 45 kamera AWAS beroperasi dan daripada jumlah itu, hanya satu kamera sedang dalam proses pembaikan serta penyelenggaraan. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menambah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) atau yang dahulunya dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) mengikut keperluan dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Hasbi memaklumkan kepada Dewan Rakyat, hal ini kerana kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
"Perkara ini berjaya meningkatkan tahap persepsi ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan AWAS," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) tentang status terkini kamera AES dan jumlah yang masih beroperasi dan sebarang kajian terkini dilakukan berhubung keberkesanan penggunaan kamera AES.
Menurutnya pada masa ini, terdapat 45 kamera AWAS beroperasi dan daripada jumlah itu, hanya satu kamera sedang dalam proses pembaikan serta penyelenggaraan.
Pada masa yang sama, Hasbi juga menekankan penguatkuasaan kamera AWAS bukan bertujuan memerangkap pengguna jalan raya sebaliknya, langkah itu bagi memastikan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan titik hitam yang merupakan lokasi kerap berlakunya kemalangan.
"Penggunaan kamera sebegini telah membolehkan aktiviti penguatkuasaan berlangsung 365 hari dan 24 jam sehari, serta mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia (anggota penguatkuasaan) yang tinggi," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Zakri Hassan (PN-Kangar), Hasbi berkata kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan laluan khas motosikal di lebuh raya di negara ini.
"Kajian memang sedang dibuat sebab kita tahu lebuh raya memang tempat kelajuan yang tinggi, jadi kita kaji di mana tempat-tempat boleh bina laluan motosikal ... bukan semua tempat di lebuh raya boleh dibina laluan motosikal, mungkin tempat tertentu sahaja," katanya.
Topic Berkaitan
#AWAS
#AES
#Kementerian Pengangkutan
#Hasbi Habibollah
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan